Soalan Lazim
Soalan Lazim Pelabur LFX
- Bolehkah rakyat Malaysia menyertai LFX?
Pada masa ini, Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (LFSSA) 2010 membenarkan hanya pembeli dikecualikan yang merupakan individu bernilai bersih tinggi dengan aset bersih RM10 juta. Walau bagaimanapun, LFX kini sedang berbincang dengan pihak berkuasa bagi syarat yang lebih longgar.
- Bagaimana para pelabur dilindungi?
Semua Agen Dagangan akan disyaratkan untuk mendapatkan insurans indemniti profesional sebagai kaedah perlindungan terhadap apa-apa kerugian disebabkan insolvensi pemegang lesen bagi pasaran/bursa. Pelabur berpotensi perlu mengetahui sejauh mana perlindungan insurans bagi Agen Dagangan berkenaan sebelum menggunakan mereka sebagai fasilitator. Seterusnya, Agen Dagangan akan dijadikan pra-layak oleh bank pembayar untuk memastikan mereka berwibawa dan mempunyai kepercayaan kredit untuk melaksanakan dagangan di LFX.
- Adakah LFX menyediakan potensi untuk kebocoran dana-dana?
Tidak. Malah, adalah dijangkakan pengaliran masuk modal asing akan berlaku bagi menyediakan modal untuk syarikat-syarikat Malaysia.
- Adakah terdapat sebarang sekatan terhadap penyertaan asing dalam LFX?
Tiada sebarang sekatan ke atas penyertaan asing di LFX.
- Bolehkah dana-dana tersebut digunakan di mana-mana tanpa sebarang sekatan?
Ya.