BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
Pengurusan risiko operasi
Risiko operasi adalah satu bahagian penting daripada perniagaan CCP. Ia timbul akibat dari proses dalaman yang yang tidak mencukupi, factor manusia, serta kekurangan sistem dan infrastruktur. Operasi teras kedua-dua CCP sangat bergantung kepada tahap ketersediaan, kecukupan dan keberkesanan rangka kerja, polisi, proses dan prosedurnya. Rangka kerja, polisi dan prosedur utama direka sejajar dengan Prinsip 17 PFMI dan akan terus disemak untuk memastikan agar keberkesanan dan kecukupan pelaksanaan itu adalah sejajar dengan amalan dan standard antarabangsa.
Butiran pengurusan risiko operasi sila rujuk kepada Pengurusan Risiko Operasi.