BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
Gambaran Keseluruhan
Margin awal juga dikenali sebagai syarat bon prestasi adalah deposit muhibbah yang dikumpulkan untuk menjamin prestasi kedudukan terbuka. Pengumpulan margin awal adalah satu alatan kritikal oleh Pusat Penjelasan untuk memitigasi sebarang potensi pendedahan masa hadapan. Sejajar dengan konsep “pemungkir harus bayar”, margin awal yang dikumpulkan haruslah mencukupi untuk melindungi potensi turun-naik dalam nilai pasaran kedudukan terbuka seorang peserta yang memungkiri sehingga posisi dagangan mereka ditutup sepenuhnya atau dilindung nilai. BMSC dan BMDC menggunapakai cadangan di bawah Prinsip 6 PFMI : Margin, dalam mereka model margin awal untuk mencapai secara minima 99% perlindungan satu-hari di bawah keadaan pasaran yang normal.
Pendedahan kredit CCP kepada peserta-peserta penjelasan dimitigasi terutamanya melalui pengumpulan margin seperti yang disyorkan di bawah Prinsip 4 PFMI : Risiko Kredit, untuk menangani kedua-dua pendedahan semasa dan potensi pendedahan masa hadapan. Demi mengelakkan pengumpulan kerugian, BMSC dan BMDC mengkehendaki semua tunggakan atau kedudukan terbuka untuk dinilai pada pasaran semasa sekurang-kurangnya sekali sehari. Keuntungan dan kerugian yang terhasil dikenali sebagai margin variasi atau variasi penyelesaian. Amaun ini dikira pada setiap kitaran penyelesaian didepositkan kepada akaun peserta dan mesti dibayar setiap hari dalam kes terdapatnya defisit.
Bagi peserta-peserta penjelesan bagi porduk BMD, kekurangan penjelasan mesti diselesaikan sebelum permulaan hari dagangan berikutnya dan secara tunai mengikut matawang penyelesaian kontrak yang relevan. Langkah pengurusan risiko ini secara tipikal menetapkan semula nilai kedudukan kepada sifar atas dasar harian dan seterusnya memitigasikan potensi pendedahan masa hadapan. Penyelesaian dalam matawang dagangan kontrak itu akan memitigasikan potensi ketidaksesuaian aliran tunai semasa ketika pemprosesan penyelesaian.
Untuk peserta BMSC, margin variasi nilai-pada-pasaran-semasa dikumpulkan pada permulaan hari itu, pada pukul 10 pagi, sebagai sebahagian daripada syarat margin ekuiti dan juga semasa panggilan margin intra-hari.