BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
Margin Ekuiti
Rangka Kerja EM yang digunapakai oleh BMSC terdiri daripada margin pendahuluan, variasi dan tambahan. Objektif margin pendahuluan adalah untuk melindungi kerugian yang berpotensi yang wujud semasa pencairan portfolio TCP sepanjang tempoh tertutup dalam sesuatu kejadian kemungkiran. Sementara itu, margin variasi direka untuk menilai-pada-pasaran-semasa nilai portfolio itu, dan mengelakkan pendedahan itu daripada dilanjutkan melangkaui satu hari perniagaan. Margin tambahan pula dalah untuk memitigasikan risiko konsentrasi portfolio TCP dan pendedahan yang timbul dari sebarang kedudukan yang masih belum diselesaikan.
Margin Pendahuluan
Margin Pendahuluan dikira untuk semua kedudukan penyelesaian tertunggak menggunakan kadar margin yang diperoleh daripada model berasaskan risiko bagi indeks sektoral yang sejajar dengan tahap keyakinan sebanyak 99% dan tempoh tinjauan selama 10 tahun. Kadar margin pendahuluan yang berkenaan adalah seperti jadual di bawah dan tertakluk kepada semakan semula oleh pusat penjelasan.
Kadar Margin Ekuiti |
Kadar margin berkuatkuasa mulai 25 Mac 2024 |
Kadar margin berkuatkuasa mulai 10 April 2023 |
Margin Variasi
Margin variasi dikira dengan mengambil perbezaan antara nilai kontrak yang didagangkan dan nilai Mark-to-Market (MTM). Kerugian variasi mesti diselesaikan oleh TCP dengan kolateral. Tambahan. Perolehan variasi tidak akan dibayar kepada TCP tetapi boleh digunapakai untuk offset syarat Margin Pendahuluan.
Margin Tambahan
Margin Risiko Konsentrasi – Satu caj tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas jumlah margin pendahuluan yang diperlukan untuk sekuriti tertentu apabila telah melebihi ambang yang ditetapkan, iaitu kedudukan penyelesaian bersih tertunggak untuk mana-mana sekuriti tertentu melebihi 15% daripada dana pemegang saham TCP itu;
Margin Dagangan Belum Diselesaikan – Caj tambahan yang dikenakan ke atas saham tertunggak yang tidak dihantar selepas hari penyelesaian yang dijadualkan.
Setiap syarat margin TCP dikira dua kali sehari, sekali pada tengahari dan satu lagi pada penutup pasaran. TCP dikehendaki menyelesaikan kekurangan jika syarat margin kasar adalah lebih besar daripada kolateral sedia ada yang dipegang oleh BMSC. Walau apapun syarat margin kasar yang dikira, semua TCP dikehendaki untuk mengekalkan satu kolateral minimum sebanyak RM250,000 dalam bentuk tunai dengan BMSC. TCP juga dibenarkan untuk mengikrar Surat Kredit Bersedia atau saham yang diluluskan untuk memenuhi syarat margin, di atas dari RM250,000 itu.