BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
Margin Derivatif
BMDC menggunapakai konsep pemarginan kasar di mana setiap akaun pelanggan dari satu CP dimarginkan secara berasingan. Di peringkat akaun pelanggan, syarat margin dikira menggunakan kaedah SPAN CME. Jumlah bon prestasi untuk satu CP adalah jumlah margin untuk semua akaun pelanggan individu CP itu. Kedudukan satu CP dimarginkan secara berasingan.
Berikut adalah senarai Kolateral Yang Diluluskan untuk Margin Awal:
- Matawang Yang Diluluskan: Dolar Australia, Paun Britain, Euro, Dolar Hong Kong, Yen Jepun, Ringgit Malaysia, Renminbi, Dolar Singapura dan Dolar AS.
- Konstituen Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia, dengan kadar potongan (haircut) sebanyak 30 peratus .
- Surat Kredit dalam MYR dan ASD yang dikeluarkan oleh bank Malaysia yang diluluskan.
Kolateral yang diterima tertakluk pada kadar potongan (haircut) ke atas nilai kolateral dan juga potongan (haircut) bagi mata wang bersilang, jika mata wang bagi kolateral adalah dalam denominasi berbeza daripada matawang yang digunakan untuk syarat margin.
Bon prestasi harus dikira pada penghujung setiap hari perniagaan dan semua CP dengan kekurangan margin dikehendaki untuk menyelesaikan kekurangan itu sebelum memulakan dagangan pada hari perniagaan berikutnya.Pusat Penjelasan memantau aktiviti dagangan CP dan pergerakan harga intra-hari secara terperinci untuk menilai potensi pendedahannya. Dalam keadaan volatiliti pasaran yang ekstrem, BMDC mungkin mengaktifkan proses nilai-pada-pasaran-semasa ketika hari dagangan untuk dagangan yang dijalankan sehingga waktu itu. Dengan mempunyai dua atau lebih sesi nilai-pada-pasaran-semasa dan penyelesaian dalam satu hari dagangan secara efektifnya mengubah tempoh pendedahan BMDC dari satu hari kepada beberap segmen kecil dalam sehari. Kerugian mesti dibayar kepada BMDC dalam tempoh sejam dari panggilan margin intra-hari yang dibuat. Kedudukan baru yang dimasukkan sehingga waktu itu dalam hari dagangan juga akan mempunyai satu kewajipan margin yang perlu diselesaikan dalam tempoh sejam.
Sebarang kemaskini pada Kadar Margin, Kolateral Yang Diluluskan dan Kadar Potongan (haircut) akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui Pekeliling Penjelasan.