Sistem Depositori Pusat (CDS)
e-Dividen
Apakah yang dimaksudkan dengan e-Dividen?
e-Dividen ialah perkhidmatan yang membolehkan penerbit saham membayar dividen terus ke dalam akaun bank anda berbanding dengan membuat pembayaran melalui cek bank.
Salah satu daripada objektif perlaksanaan e-Dividen adalah untuk menggalakkan kecekapan sistem pembayaran yang sejajar dengan agenda nasional untuk beralih kepada pembayaran secara elektronik.
Aliran Proses
Pendaftaran e-Dividen
Proses Pembayaran e-Dividen
Notis:
Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd akan mengecualikan yuran pengurusan sebanyak RM10.00 yang akan dikenakan kepada pemegang akaun CDS sedia ada yang mendaftar untuk e-Dividen pada atau selepas 19 April 2012. Pengecualian yuran adalah untuk tempoh satu (1) tahun, daripada 19 April 2012 hingga 18 April 2013.
Pendaftaran
Bagaimana saya mendaftar untuk e-Dividen?
- Untuk mendaftar, lengkapkan borang berkaitan yang boleh diperoleh dari pejabat mana-mana broker saham atau boleh dimuat turun daripada laman web Bursa Malaysia dan hantar borang tersebut dan dokumen sokongan kepada pejabat broker saham yang menyelenggarakan akaun anda.
- Jika anda tidak boleh hadir ke pejabat broker saham anda untuk menghantar borang dan dokumen-dokumen sokongan, sila pastikan dokumen anda telah disaksikan oleh saksi yang diluluskan oleh Bursa Depository. Saksi yang diterima termasuk Pegawai Bertauliah broker saham,wakil niaga Saham, notari awam, atau pegawai diberi kuasa dari Kedutaan/Pesuruhjaya Malaysia.
- Jika akaun CDS anda didaftarkan atas nama penama (wakil), penama itu akan mendaftar untuk e-Dividen.
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?
Pendeposit individu
- Dokumen-dokumen asal untuk pengesahan.
- Dua (2) salinan dokumen Pengenalan contohnya NRIC, Pasport, Kad Kuasa atau lain-lain dokumen pengenalan yang diterima
- Dua (2) salinan (a) penyata bank; ATAU (b) buku simpanan bank; ATAU (c) butiran bank akaun yang didapatkan daripada laman web bank yang telah disahkan oleh bank anda;atau (d) surat daripada bank mengesahkan butiran akaun bank anda. (hanya paparkan bahagian yang menunjukkan butiran akaun bank).
Pendeposit korporat
- Salinan Sijil Penubuhan yang telah disahkan/ Sijil Pendaftaran.
- Salinan penyata bank/buku simpanan bank/butiran daripada laman web bank/apa apa surat pengesahan daripada bank tentang butiran akaun yang telah (hanya paparkan bahagian yang menunjukkan butiran akaun bank) sahaja
Kit Maklumat e-Dividen |
---|
Untuk Pendaftar saham, penerbit tersenarai Bagaimana kit ini membantu anda Kit Maklumat e-Dividen adalah untuk membantu anda:
Bagaimana anda boleh membantu Bursa Malaysia memohon kerjasama anda untuk mempromosikan e-Dividen kepada semua pemegang saham. Anda boleh berbuat demikian dengan berkongsi maklumat daripada kit ini pada acara seperti Mesyuarat Agung Tahunan dan jerayawara (roadshow). Anda juga boleh mempromosikan e-Dividen melalui Laporan Tahunan anda, laman web korporat, bahan pasaran langsung dan lain-lain bahan pasaran yang diedarkan kepada pemegang saham. Untuk menyokong kempen ini, Bursa Malaysia akan menerbitkan brosur/risalah untuk diedarkan kepada pemegang saham berserta iklan dalam akhbar harian. Kit Maklumat ini mengandungi perkara-perkara seperti di bawah. Ada Soalan? |