Sistem Depositori Pusat (CDS)
Penyata Gabungan
Penyata akaun gabungan SOP fasiliti kepada pendeposit yang memegang lebih dari satu akaun SOP. Menerusi kemudahan ini, pendeposit akan menerima butiran transaksi SOP dalam satu penyata akaun sahaja.
Tujuan utama kemudahan ini adalah untuk membantu pendeposit mengurus dan menyatukan sekuriti mereka dimana mereka mempunyai lebih dari satu akaun CDS.
Tiada fi dikenakan kepada pendeposit yang menggunakan penyata gabungan ini.
Bagaimana saya boleh memohon penyata akaun gabungan CDS?
- Untuk memohon, isi borang berkenaan yang boleh didapati daripada mana-mana pejabat Agen Depositori Bertauliah (ADA) I broker saham atau muat turun dari laman sesawang Bursa Malaysia dan hantarkan borang yang telah dilengkapkan kepada pejabat ADAIbroker saham tempat akaun SOP anda diselenggarakan.
- Tiada dokumen sokongan diperlukan.