Sistem Depositori Pusat (CDS)
Pembayaran Saham Secara Elektronik
Apakah Pembayaran saham secara Elektronik?
Pembayaran saham secara Elektronik ialah perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua syarikat broker saham untuk membayar hasil jualan saham terus kepada akaun bank anda serta memberikan pilihan untuk anda membuat bayaran untuk pembelian saham menerusi pindahan dana elektronik. Pembayaran saham secara Elektronik menghapuskan keperluan untuk mendepositkan cek yang diterima daripada penjualan saham dan membolehkan anda membuat bayaran dalam talian pada bila-bila masa.
Sama seperti e-Dividen,salah satu daripada objektif utama perlaksanaan pembayaran saham secara Elektronik adalah untuk menggalakkan kecekapan sistem pembayaran yang sejajar dengan agenda nasional untuk beralih kepada pembayaran elektronik.
Daftar sekarang untuk menikmati faedah-faedah dan kesenangan pembayaran saham secara Elektronik.
Soalan-soalan Lazim
Ketahui apa, mengapa dan bagaimana pembayaran saham secara Elektronik dengan memuat turun Soalan Lazim.
Pendaftaran
Bagaimana saya mendaftar untuk pembayaran saham secara Elektronik?
- Untuk mendaftar,sila lengkapkan borang yang boleh didapati di pejabat broker saham anda. Setiap borang adalah spesifik untuk satu broker saham sahaja. Bagi senarai syarikat broker saham Sila klik disini.
- Hantarkan borang yang telah dilengkapkan bersama-sama dokumen berkaitan kepada pejabat broker saham anda.
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?
Pendeposit individu
- Dokumen asal untuk pengesahan e.g. NRIC, Pasport, Kad Kuasa atau lain-lain dokumen pengenalan yang diterima.
- salinan
- penyata bank; ATAU
- buku simpanan bank; ATAU
- butiran bank akaun yang didapatkan daripada laman web bank yang telah disahkan oleh bank anda; ATAU
- surat daripada bank mengesahkan butiran akaun bank anda. (hanya paparkan bahagian yang menunjukkan butiran akaun bank).
- Dokumen-dokumen asal yang di atas untuk pengesahan.
Pendeposit korporat
- Salinan Sijil Penubuhan yang telah disahkan/ Sijil Pendaftaran.
- Salinan penyata bank/buku simpanan bank/butiran daripada laman web bank/apa-apa surat daripada bank tentang butiran akaun (hanya paparkan bahagian yang menunjukkan butiran akaun bank).
Maklumat Lanjut (untuk broker saham)
Sumber tambahan untuk mempromosi pembayaran saham secara Elektronik kepada pelabur. Klik pautan dibawah untuk muat turun.
Flyer
English | Bahasa Malaysia | Chinese(中文)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi broker saham anda. Untuk senarai broker saham Sila klik disini.