Sistem Depositori Pusat (CDS)
Penyata dan Notis CDS Elektronik (e-Penyata)
e-Penyata merupakan satu perkhidmatan baharu yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Depository) bagi membolehkan pemegang akaun CDS menerima penyata akaun CDS, notis CDS dan lain-lain komunikasi daripada Bursa Depositori secara elektronik menerusi emel berbanding menerima dokumen-dokumen ini melalui kiriman pos.
Dengan e-Penyata, pendeposit boleh menikmati faedah-faedah berikut;
- Menerima penyata dan notis CDS dengan lebih efisyen dan cepat tanpa kos tambahan
- Menerima penyata dan notis terus ke emel peribadi
- Meminimumkan risiko tidak menerima penyata dan notis CDS
- Memudahkan penyimpanan penyata dalam bentuk salinan berbanding dengan penyata dalam bentuk salinan kertas.
Anda boleh mendaftar untuk e-Penyata dengan medaftarkan alamat emel melalui applikasi mudah alih Bursa Anywhere atau memberikan alamat emel kepada Agen Depositori Bertauliah (ADA), iaitu pejabat syarikat broker saham di mana akaun CDS anda diselenggarakan, atau menerusi laman web Bursa Malaysia Berhad .
Apabila mendaftar untuk e-Penyata dengan memberikan alamat emel menerusi applikasi mudah alih Bursa Anywhere atau laman web Bursa Malaysia Berhad, anda perlu memasukkan frasa kekunci yang akan terkandung di dalam semua penyata akaun atau notis CDS yang anda terima selepas 9 Disember 2013.
Secara alternatif, anda boleh memperolehi frasa kekunci dengan menghubungi bahagian khidmat pelanggan Bursa Anywhere di talian 03- 2034 7090 dari pukul 8.45 am hingga 5.45 pm pada setiap hari bekerja atau melalui emel [email protected]. Bagi pendaftaran untuk e-Penyata dengan laman web Bursa Malaysia Berhad, klik Permohonan untuk e-Penyata.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai e-Penyata, sila lihat
Soalan Lazim (FAQ).
Sila ambil perhatian bahawa pilihan untuk memberikan alamat e-mel untuk e-Penyata menerusi applikasi mudah alih Bursa Anywhere atau laman web Bursa Malaysia Berhad HANYA untuk pemegang akaun individu. Pemegang akaun korporat perlu memberikan alamat e-mel melalui ADA yang menyelenggarakan akaun SOP mereka.
Bagi pertanyaan lain mengenai e-Penyata, sila hubungi bahagian Operasi Depositori di 03-2034 7007 atau sila hantar pertanyaan anda melalui Pusat Bantuan kami.