BON
Gambaran Keseluruhan
Dalam usaha menggalakkan pasaran pendapatan tetap di samping meningkatkan keluasan dan kedalaman pilihan pelaburan dalam pasaran modal Malaysia, Bursa Malaysia menawarkan platform senarai bagi sukuk dan sekuriti hutang dikenali sebagai Rejim Dikecualikan.
Rejim Dikecualikan diperkenalkan pada Disember 2008. lni ialah lnisiatif secara kolektif oleh pengawal selia dan kerajaan Malaysia bertujuan untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah hab pusat kewangan Islam di bawah payung Malaysian International Islamic Financial Centre (“MIFC”). Oleh itu, Syarat Keperluan Penyenaraian (“LR”) telah ditingkatkan untuk memperkenalkan satu rangka kerja bagi penyenaraian sukuk dan sekuriti hutang di Bursa.
Apakah Rejim Dikecualikan?
Di bawah “Rejim Dikecualikan”, sukuk atau sekuriti hutang disenaraikan di Pasaran Utama tetapi tidak akan disebut harga dan didagangkan di Bursa. la merupakan platform shelf-lifting bagi tujuan kebolehlihatan dan pemprofilan. Dagangan akan berlaku atas dasar "Over-the-Counter" (OTC).
Siapakah yang boleh disenarai?
Sebelum ini, hanya penerbit yang disenaraikan dalam Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Berhad, boleh memohon untuk menyenaraikan sekuriti hutangnya di Bursa. Kini, penerbit disenaraikan dan tidak disenaraikan boleh memohon untuk menyenaraikan sukuk dan/atau sekuriti hutang mereka di Bursa. Mereka tertakluk pada syarat kelayakan oleh SC.
Mengapakah Disenaraikan?
Platform ini menyediakan ruang bagi penerbit yang berhasrat untuk memperoleh status penyenaraian bagi terbitan mereka. Sukuk dan sekuriti hutang yang disenaraikan akan mempunyai kebolehlihatan dan ketelusan yang lebih tinggi dengan pendedahan maklumat yang dibuat kepada Bursa dan awam. Penyenaralan juga berguna bagi pemprofilan penerbit. Oleh itu, ia akan menarik pelaburan daripada segmen yang lebih luas dalam kalangan pelabur institusl dan bernilai bersih tinggi.
Disenaraikan di bawah Rejim Dikecualikan
Jenis penerbit | Penerbit disenaraikan dan tidak disenaraikan |
---|---|
Jenis terbitan | Semua jenis terbitan |
Tempoh | Terbitan dengan tempoh lebih dari 1 tahun |
Matawang | RM dan bukan RM Sukuk dan/atau sekuriti hutang |
Matawang |
|
Yuran Dikenakan |
|
Kelulusan Undang-undang |
|
Rujukan |
|
Bilakah hendak disenaraikan?
Seorang penerbit boleh menghantar permohonan secara praterbitan atau pascaterbitan. Bagi penghantaran praterbitan, penerbit boleh menghantar permohonan penyenaraian kepada Bursa pada masa yang sama ia menghantar permohonan untuk kelulusan kepada Suruhanjaya Sekuriti. Walau bagaimanapun, kelulusan Bursa untuk penyenaraian, jika dibenarkan, adalah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti yang dibenarkan.
Senarai penuh sukuk/bon Rejim Dikecualikan
Sila klik di sini untuk senarai penuh sukuk/bon di bawah senarai Rejin Dikecualikan.