SOALAN LAZIM
Soalan Lazim mengenai Penerbit LEAP
- Kenapa SME dan syarikat perlu disenaraikan di Pasaran LEAP?
Pasaran LEAP merupakan saluran alternatif bagi SME dan syarikat untuk mengumpul dana melalui pasaran modal dengan menghubungkannya dengan Pelabur Sofistikated yang yakin dengan perniagaan dan ideanya. Faedah lain penyenaraian di Pasaran LEAP adalah seperti yang berikut:
- Undang-undang & peraturan yang memudahkan dan kos pematuhan yang lebih rendah.
- Kebolehlihatan / pemprofilan yang dipertingkatkan.
- Pendedahan awal sebagai persediaan untuk potensi penyenaraian di Pasaran ACE / Utama.
- Berpotensi untuk membuka nilai pemegang saham.
- Penemuan harga akan memudahkan urusan penggabungan dan pemerolehan.
- Apakah keperluan bagi SME dan syarikat untuk disenaraikan di Pasaran LEAP?
Tiada keperluan rekod prestasi keuntungan untuk SME dan syarikat yang ingin disenaraikan di Pasaran LEAP. Walau bagaimanapun, kriteria berikut akan dikenakan:
- syarikat awam yang diperbadankan di Malaysia;
- mempunyai perniagaan teras yang boleh dikenal pasti;
- pemegangan saham awam 10% hanya ketika penerimaan masuk; dan
- memenuhi penilaian kesesuaian seorang Penasihat yang dibenarkan.
SME dan syarikat perlu melantik seorang Penasihat untuk membimbing mereka sepanjang proses penyenaraian. Senarai Penasihat boleh didapati di www.bursamalaysia.com.
- Bolehkah SME dan syarikat asing memohon, dan adakah prosesnya sama?
Buat masa ini, Pasaran LEAP hanya untuk SME dan syarikat yang diperbadankan di dalam negara. SME yang diperbadankan di dalam negara dan syarikat dengan operasi asing layak untuk disenaraikan di Pasaran LEAP.
- Sekiranya saya mempunyai sumber dana yang lain, adakah saya masih layak untuk disenaraikan di Pasaran LEAP?
Ya, asalkan sumber pembiayaan lain bukan dari Pasaran ACE / Utama.
- Bolehkah saya melakukan penyenaraian silang di Bursa lain selepas saya telah menyenaraikan SME saya di Pasaran LEAP?
Ya. Penyenaraian silang di Bursa lain dibenarkan.