SOALAN LAZIM
Soalan Lazim mengenai Pelabur Sofistikated LEAP
- Mengapa pelabur Pasaran LEAP terhad kepada Pelabur Sofistikated?
Sebagai salah satu prinsip panduan bagi pasaran ini iaitu mempunyai undang-undang & peraturan yang memudahkan, pasaran ini hanya akan tersedia untuk Pelabur Sofistikated yang dianggap mempunyai pengetahuan yang lebih baik mengenai potensi risiko dan pulangan pasaran ini.
- Bagaimanakah Pelabur Sofistikated menemukan SME yang ingin dilaburkan?
Sebelum penyenaraian berlaku, senarai SME dan syarikat baharu yang memohon untuk disenaraikan di Pasaran LEAP boleh didapati di laman web Bursa Malaysia. Pelabur Sofistikated boleh menghubungi syarikat-syarikat ini melalui Penasihat masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut dan berkemungkinan melabur dalam syarikat tersebut.
Selepas penyenaraian, perdagangan adalah sama dengan Pasaran ACE / Utama. Pelabur Sofistikated perlu mendaftar dengan broker dan membeli atau menjual saham melalui akaun mereka.
- Sekiranya saya mempunyai nilai bersih sebanyak RM5 juta, bolehkah saya melabur dalam Pasaran LEAP?
Ya, kerana ia memenuhi takrifan Pelabur Sofistikated seperti Jadual 6 dan 7 CMSA.
- Adakah pendaftaran / penzahiran diperlukan untuk Pelabur Sofistikated?
Pelabur Sofistikated perlu mendedahkan maklumat dan dokumen kepada broker bagi membolehkan broker melakukan semakan ‘Kenali Klien Anda’, sebelum pembukaan akaun perdagangan / sebelum berdagang di Pasaran LEAP (bagi pemegang akaun CDS sedia ada).