SOALAN LAZIM
Soalan Lazim mengenai Penasihat LEAP
- Siapakah penasihat?
Sebuah syarikat perlu melantik seorang Penasihat untuk penyenaraian di Pasaran LEAP. Penasihat akan membimbing syarikat membuat persediaan ke arah penyenaraian dan mematuhi keperluan pascapenyenaraian. Penasihat mestilah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan berdaftar dengan Bursa Malaysia.
- Di mana saya boleh mendapatkan senarai Penasihat?
Senarai Penasihat boleh didapati di Penasihat / Penaja.
- Apakah peranan Penasihat? Mengapa saya memerlukannya?
Tanggungjawab Penasihat adalah untuk menilai kesesuaian pemohon yang ingin disenaraikan di Pasaran LEAP, dengan membuat pertanyaan ketekunan wajar dan menimbangkan semua perkara yang berkaitan. Mereka juga bertanggungjawab untuk penyediaan dokumen penyenaraian (iaitu Memorandum Maklumat dan Aplikasi Penyenaraian Awal). Penasihat juga akan membimbing syarikat untuk mematuhi keperluan pascapenyenaraian.
- Adakah Pasaran LEAP akan didorong sepenuhnya oleh penasihat?
Pasaran LEAP akan didorong oleh penasihat apabila penilaian kesesuaian dan daya saing komersial akan dilakukan oleh penasihat.
- Apakah tanggungjawab penasihat pascapenyenaraian?
Peranan Penasihat pascapenyenaraian adalah untuk memastikan syarikat tersenarai mematuhi keperluan penzahiran dan pascapenyenaraian.