Yayasan Bursa Malaysia
Re.Food
re.Food ialah program pengurusan sisa makanan utama Bursa Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan pembuangan sisa makanan ke tapak pelupusan. Melalui re.Food, kami menyasarkan untuk melibatkan komuniti pasaran modal kami untuk mewujudkan pergerakan untuk memacu perubahan tingkah laku yang mampan ke arah pencegahan sisa makanan sambil membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Program ini terdiri daripada dua bahagian:
1) Menderma lebihan makanan yang boleh dimakan kepada komuniti B40
Kakitangan di pejabat korporat yang mengambil bahagian boleh mendermakan lebihan makanan mereka yang boleh dimakan dengan meletakkannya di dalam kotak makanan Bursa Malaysia. Barangan makanan ini akan dikumpulkan dan diedarkan kepada komuniti B40 oleh organisasi rakan kongsi kami.
2) Mengubah sisa makanan yang tidak boleh dimakan menjadi kompos atau baja untuk digunakan di taman komuniti B40
Sisa makanan dari kantin atau kedai makan akan diproses menjadi kompos menggunakan mesin kompos yang diletakkan di premis korporat yang mengambil bahagian. Kaedah cepat dan mudah ini memastikan kompos dihasilkan dalam masa 24 jam sahaja untuk dihantar ke taman komuniti B40.
Kami menjemput mana-mana peserta pasaran modal yang berminat untuk menyertai re.Food untuk menghubungi kami di [email protected]