Yayasan Bursa Malaysia
Tunjang CSR
Inisiatif pelaburan komuniti kami akan berkisar pada tunjang-tunjang CSR berikut (seperti yang dinyatakan dalam Pelan CSR 2021-2023 kami):
Tunjang 1 CSR: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab
Menubuhkan Bursa Malaysia sebagai bursa yang memperjuangkan ekonomi kitaran melalui kerjasama dengan PLC dan NGO sambil membantu masyarakat dengan tumpuan khas terarah kepada pengurusan sisa makanan. Contoh inisiatif kami di bawah tunjang ini: re.Food
Tunjang 2 CSR: Celik Kewangan
Memupuk budaya komuniti yang bijak wang melalui pendidikan celik kewangan. Contoh inisiatif kami bawah tunjang ini: Sens-Ability
Tunjang 3 CSR: Pembasmian Kemiskinan dan Bantuan Bencana
Menyumbang kepada dan menyokong program sosial yang dapat membantu mengurangkan ketidaksamaan kekayaan dan ketidakseimbangan sosial bagi masyarakat yang kurang bernasib baik.