Kelestarian memainkan peranan penting bagi kami dalam memacu proses penciptaan nilai. Pendekatan kami mengenai kelestarian dibentuk oleh visi kami untuk menjadi pasaran ASEAN yang terunggul, lestari dan terhubung secara global serta disokong oleh Dasar Kelestarian yang bermatlamat mempraktikkan kelestarian dalam pengendalian harian perniagaan kami./p>
Sebagai pengawal selia barisan hadapan dan pengendali bursa, kami menyedari keperluan pendekatan yang holistik dalam usaha mencapai kelestarian. Kami berazam membina pasaran modal yang berkualiti tinggi dan lestari serta menjadi hab tadbir urus korporat dan kelestarian yang terkemuka. Pusat pengetahuan sehenti kami, BURSASUSTAIN, BURSASUSTAIN telah ditubuhkan untuk mempromosi dan menyokong pembangunan bidang ini dalam kalangan syarikat tersenarai, pelabur dan pihak berkepentingan lain.
Dalam surat terbuka pertamanya kepada para Pengerusi kesemua penerbit yang tersenarai di bursa kami, Pengerusi, Tan Sri Abdul Wahid Omar, telah berkongsi pemikiran dan visi beliau untuk pasaran modal Malaysia.
Tadbir Urus Kelestarian
Bukan hanya sekadar sebuah syarikat tersenarai malah yang lebih penting sebagai pengawal selia barisan hadapan bagi pasaran modal, kami menyedari tanggungjawab yang kami pikul berkenaan usaha memupuk budaya tadbir urus dan kelestarian yang kukuh dalam organisasi kami.
Penilaian Perkara-perkara Material
Pada tahun 2019, kami telah melaksanakan sebuah penilaian bagi mengenal pasti topik atau isu kelestarian yang dianggap penting (Perkara-perkara Material) kepada organisasi dan pemegang kepentingan kami.
Pembabitan bersama Pemegang Kepentingan Kami
Kami giat berusaha untuk mewujudkan nilai bagi semua pemegang kepentingan kami, kumpulan individu atau entiti yang dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh operasi perniagaan kami, atau boleh mempengaruhi dengan ketara perniagaan atau operasi kami.
Sumbangan Kami Kepada Matlamat Pembangunan Lestari
Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) menetapkan rangka tindakan sejagat bagi dasar dan tindakan pembangunan. Sumbangan kepada SDGs yang relevan merupakan tanggungjawab kami dan memberikan kami peluang yang amat bernilai untuk memenuhi keperluan masyarakat, dan mentransformasikan masyarakat dan ekonomi kea rah yang lebih baik.
Lain Lain
• Kenyataan Pematuhan
• Polisi, Kod dan Panduan
• Jadual Data Prestasi