Mengenai LFX
Organisasi & Bursa
Labuan International Financial Exchange Inc.
Diperbadankan pada Julai 1999 sebagai satu syarikat terhad oleh saham dengan modal diluluskan sebanyak AS10 juta dan modal berbayar AS5.5 juta.
Sebuah anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia Berhad dan dikawal atur oleh Akta Syarikat Labuan (LCA) 1990 dan Memorandum & Artiket Persatuan syarikat.
Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga Pengarah LFX terdiri daripada:- Datuk Muhamad Umar Swift
- Rosidah Binti Baharom
Lembaga Pengarah diwakili dalam Pengurusan Bursa oleh seorang Pengurus Besar/Ketua Pegawai Eksekutif yang bertanggungjawab untuk pengurusan operasi/kewangan Bursa itu. Ia juga melaksanakan semua polisi syarikat.
LFX, Bursa
- Mengendalikan bursa kewangan antarabangsa untuk melengkapkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti di Labuan, pusat kewangan perniagaan Malaysia.
- LFX dikawal selia oleh semua Peraturan dan Undang-undangnya dan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 (LFSSA).
- Operasi LFX diuruskan oleh Jawatankuasa Bursa yang terdiri daripada penama Pemegang saham dan peserta pasaran yang pelantikannya tertakluk kepada persetujuan Kementerian Kewangan dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA).
- Jawatankuasa Bursa disokong oleh tiga jawatankuasa tersendiri iaitu Jawatankuasa Perlesenan, Penyenaraian dan Disiplin. Pengerusi Jawatankuasa Bursa adalah Datuk Muhamad Umar Swift.
- Menteri Kewangan Malaysia YB Tun Daim Zainuddin melancarkan LFX pada 23 November 2000.