Mengenai LFX
Kelebihan LFX
LFX - Bursa
- Direka bentuk sebagai suatu bursa kewangan sehenti daripada penghantaran permohonan hinggalah kepada kelulusan, pelesenan dan penyenaraian produk disenaraikan.
- Peraturan liberal bagi penyenaraian pelbagai instrumen kewangan dalam pelbagai matawang. Jawatankuasa Bursa telah diberikan kuasa budi bicara penuh barkaitan dengan operasi LFX.
- Berdasarkan kepada pelabuhan bebas cukai bermaksud tiada levi keluar dan duti setem yang dikenakan.
- Bertindak sebagai alternatif yang praktikal kepada bursa domestik lain di wilayah Asia Pasifik.
- Menawarkan kepada syarikat di bawah bidang kuasa tanpa bursa kewangan atau saham suatu peluang untuk meningkatkan modal untuk membiayai operasinya.
- Penyenaraian di LFX menyumbang kepada peningkatan kecairan pelaburan kepada pelaburan yang bukan cair.
LFX - Operasi
- Pengendalian dengan pengawal selia statutori adalah minimum. Labuan Financial Services Authority (LFSA) bertindak sebagai pengawal selia sehenti dan fungsinya meliputi tugas utama pengawal selia dalam pesisir.
- Membolehkan penyenaraian produk Syariah (instrumen kewangan Islam), tertakluk kepada pensijilan yang diperoleh daripada pihak berkuasa yang tertentu.
- Transaksi yang dikendalikan di LFX tidak tertakluk kepada apa-apa kaedah kawalan modal terpilih.
- Tiada had kepada pemilikan asing bagi instrumen kewangan yang disenaraikan di LFX.
- Urusan perniagaan antara peserta pasaran tidak dikawal selia oleh LFX.
- Penaja Penyenaraian Berpotensi yang tidak memenuhi kriteria yang dinyatakan untuk mengambil bahagian dalam LFX boleh membentuk perikatan antara mereka untuk membolehkan mereka layak.
LFX - Sistem
- Menawarkan sistem 24 jam sehari 7 hari seminggu yang akan meningkatkan penyertaan global.
- Menggalakkan penggunaan meluas kemudahan multimedia dan Internet yang akan meningkatkan capaian.
- Disebabkan ia adalah Bursa berasaskan web, peserta LFX tidak dikenakan kos tambahan kerana akses boleh dibuat melalui pelayar web.
LFX di dalam Kumpulan Bursa Malaysia
Sebagai anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia, LFX mendapat manfaat daripada:- Kepakaran dan pengalaman Bursa Malaysia.
- Rangkaian perniagaan dan pemasaran yang cekap yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia selama ini.
- Infrastruktur yang boleh dipercayai dan terbukti yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia adalah menjadi asas kepada Sistem @LFX.
LFX: Faedah Berbanding Bidang Kuasa Lain
- Kelulusan pantas yang hanya mengambil masa dua (2) hari pasaran (perniagaan) untuk membolehkan permohonan penyenaraian diluluskan tertakluk kepada semua dokumentasi yang diterima adalah tepat dan sempurna.
- Yuran pelesenan dan penyenaraian yang kompetitif dan setanding dengan bursa dalam bidang kuasa kewangan lain.
- Terletak di wilayah Asia Pasifik yang strategik dan berkongsi zon waktu yang sama dengan pusat kewangan utama wilayah lain.
- Menawarkan operasi yang lancar memandangkan LFX adalah berasaskan web dan boleh dicapai secara global.