Pasaran Islam
Indeks Patuh Syariah
Bursa Malaysia, dengan kerjasama penyedia indeks global, FTSE Russell telah melancarkan empat (4) indeks saham Islam untuk menjejak pencapaian sekuriti patuh Shariah:
- Indeks FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah
- Indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah
- Indeks FTSE Bursa Small Cap Shariah
- Indeks FTSE Bursa Malaysia MidS Cap Shariah
Selain daripada berfungsi sebagai penanda aras pencapaian, indeks-indeks ini berguna dalam penerbitan produk berstruktur, dan sebagai rujukan untuk dana penjejak indeks. Saham-saham syarikat yang membentuk indeks-indeks ini disaring dari segi permodalan pasaran, apungan bebas dan kecairan.