Dagangan Budi Bicara
Gambaran Keseluruhan
Bursa Malaysia Berhad ("Bursa Malaysia atau Bursa") pada 15 Jun 2021 telah memperkenalkan rangka kerja Dagangan Budi Bicara (“DT”) selepas Organisasi Peserta Dagangan (“PO”) menyatakan minat menyediakan perkhidmatan DT kepada pelanggan mereka.
DT ialah perkhidmatan pelaburan peribadi yang membolehkan pelanggan melantik PO untuk menjalankan strategi perdagangan berdasarkan suatu set mandat yang dipersetujui.
Rangka kerja DT membolehkan PO mengenakan bayaran bagi penyediaan perkhidmatan DT yang diringkaskan di bawah:
(i) Yuran perkongsian untung; atau
(ii) Brokeraj berasaskan yuran yang dicaj atas nilai aset yang diuruskan.
Rangka kerja untuk DT boleh didapati dalam Arahan No. 5-001, Arahan dan Panduan PO, yang boleh dimuat turun seperti berikut:
Selaras dengan perkara di atas, Bursa Malaysia pada 16 Mei 2022 telah memperkenalkan rangka kerja DT Syariah untuk memenuhi keperluan PO Islam bagi menawarkan perkhidmatan DT patuh Syariah kepada pelanggan mereka dengan cara yang patuh Syariah.
Rangka kerja DT Syariah menyediakan tiga (3) struktur berbeza untuk diuruskan antara PO Islam dan pelanggan mereka seperti berikut:
(i) Wakalah
(ii) Mudarabah
(iii) Musharakah
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 28 Mac 2022 memutuskan yuran DT Syariah dan struktur perkongsian untung adalah halal.
Rangka kerja untuk Syariah DT boleh didapati dalam Amalan Terbaik No. 7.16-001 bawah Arahan dan Panduan Organisasi Sertaan Bursa Malaysia Securities Berhad, yang boleh dimuat turun seperti berikut: