Pendekatan Kawal Selia/Falsafah
Menguruskan Konflik Kepentingan
Pasaran yang dikawal selia dengan baik dengan perkhidmatan penjelasan dan pendepositan yang efisien adalah penting untuk membolehkan Bursa Malaysia mencapai objektif korporat dan kawal selianya dan untuk membina keyakinan terhadap Bursa Malaysia. Sebagai kedua-dua pengawal selia pasaran dan entiti berasaskan perniagaan, Bursa Malaysia mungkin berdepan dengan keadaan kepentingan komersialnya menghadapi konflik dengan kepentingan kawal selianya. Di bawah undang-undang, Bursa Malaysia bertanggungjawab memastikan dalam keadaan kepentingan Bursa Malaysia sendiri, atau kepentingan lain, yang bertentangan dengan kepentingan awam; kepentingan awam dan perlindungan pelabur, adalah lebih penting.
Langkah yang telah ditetapkan untuk menghadapi COI adalah seperti yang berikut:
- Pengasingan fungsi kawal selia daripada fungsi komersial untuk memastikan fungsi ini beroperasi secara bebas; dan bahawa unit perniagaan dalam Bursa Malaysia tidak dalam kedudukan untuk mempengaruhi keputusan penyeliaan dan kawal selia.
- Pengeluaran panduan COI yang menetapkan rangka kerja dan kawalan dan langkah yang sesuai untuk memastikan pengenalan sistematik dan pengurusan COI secara efektif dan pantas.
- Penubuhan Jawatankuasa Kawal Selia untuk membuat keputusan kawal selia yang penting, anggotanya dilantik oleh Lembaga Pengarah dan terdiri daripada peserta profesional dan pengamal industri.
- Semakan oleh Jawatankuasa Audit Bursa Malaysia dalam semua keadaan COI.
- Melaporkan kepada Lembaga Pengarah tentang perkara yang berkaitan dengan kawal selia secara berkala.
- Pemantauan luar oleh Suruhanjaya Sekuriti dan suruhanjaya akan mengambil tindakan dan membuat semua keputusan berkaitan Bursa Malaysia sebagai penerbit tersenarai yang termasuk memantau pematuhan dan mengambil langkah penguatkuasaan berkaitan dengan Bursa Malaysia.