Pandangan
Proses Penyelesaian - Tunai
Sistem Penjelasan & Penyelesaian Derivatif (DCS) adalah sistem yang digunakan untuk tujuan tunggal menyokong penjelasan & penyelesaian derivatif dan fungsi pengurusan risiko.
Ini termasuklah aktiviti seperti:
-
Pembayaran kepada Pusat Penjelasan Panggilan Margin Pagi
- Menghantar arahan debit kepada bank penyelesai mulai pukul 8.00 pagi dan 9.30 pagi melalui aplikasi RENTAS bagi jumlah kekurangan tunai peserta penjelasan.
- Bank penyelesai akan memindahkan dana ke akaun Pusat Penjelasan RENTAS pada atau sebelum 8.45 pagi (panggilan no. 1) atau 10.30 pagi (panggilan no. 2).
-
Pembayaran kepada Pusat Penjelasan Panggilan Margin Intrahari
- Pusat Penjelasan mungkin akan meminta margin tambahan daripada peserta penjelasan pada kedudukan terbuka pada bila-bila masa semasa waktu dagangan.
- Pusat Penjelasan menghantar arahan debit melalui aplikasi RENTAS dan Bank Penyelesai mesti membuat pemindahan dana ke akaun Pusat Penjelasan RENTAS dalam masa satu jam dari masa panggilan margin intrahari.
-
Pembayaran Dana kepada Pusat Penjelasan
Panggilan Pertama: Pemindahan sebelum 8.45 pagi.
Panggilan Kedua: Pemindahan sebelum 10.30 pagi. -
Pengeluaran Lebihan Tunai daripada Pusat Penjelasan
- Permohonan Pengeluaran kepada Pusat Penjelasan sebelum 10.00 pagi.
- Menjelang 11.00 pagi hari perniagaan yang sama, Pusat Penjelasan akan melakukan pemindahan lebihan tunai yang diminta kepada akaun peserta penjelasan melalui aplikasi RENTAS.
-
Penarikan Dana daripada Pusat Penjelasan