Penjelasan & Penyelesaian Derivatif
Keselamatan Kewangan dan Pengurusan Risiko
BMDC sebuah anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD), menghapuskan risiko kredit antara peserta penjelasan dengan menjadi pihak yang bersama bagi setiap kontrak yang dibeli atau dijual oleh peserta penjelasan (CP) dan memberi jaminan untuk melaksanakan tanggungjawabnya di bawah kontrak berkenaan. Prestasi fungsi ini memberi keyakinan kepada pasaran terhadap prestasi kewangan kontrak-kontrak berkenaan. la Juga memastikan keselamatan sistem penjelasan dan penyelesaian secara keseluruhannya.
Proses menjadi pihak bersama
Dengan wujudnya kontrak pasaran ke atas BMD, kontrak berkenaan akan dibentangkan kepada BMDC untuk pendaftaran secara elektronik. Sebaik-baik sahaja pendaftaran ke atas setiap kontrak pasaran, dua kontrak baharu, iaitu kontrak terbuka yang diwujudkan bagi mewakili, dan dengan terma serupa dengan setiap kontrak pasaran. BMDC menjadi pembeli kepada CP yang bertindak sebagai penjual di bawah satu kontrak terbuka dan penjual kepada CP bertindak sebagai pembeli di bawah kontrak terbuka yang lain. Proses ini yang dikenali sebagai novasi, diperuntukkan di bawah BMDC Peraturan 6.11.
Akur janji oleh BMDC
BMDC, sebagai pihak bersama bagi semua kontrak terbuka, membuat aku janji kepada CP yang menjadi pihak kepada kontrak berkenaan bahawa ia akan melaksanakan tanggungjawab kewangannya di bawah kontrak berkenaan. Aku janji ini disokong oleh polisi pengurusan risiko BMDC serta dana yang disediakan untuk tujuan berkenaan. Aku janji kewangan BMDC disediakan kepada CP yang bertindak sebagai prinsipal dalam kontrak terbuka yang berkenaan. Sebagai korolari kepada aku janji yang disediakan oleh BMDC, setiap CP bertanggungjawab sebagai prinsipal kepada prestasi tanggungawabnya di bawah semua kontrak yang ia menjadi pihak bersama. BMDC tidak bertanggungjawab atau menyebabkan liabiliti kepada mana-mana pelanggan bagi CP atau pihak ketiga, dan begitu juga BMDC tidak boleh mengambil tindakan terhadap pelanggan berikutan melakukan kontrak terbuka dalam kapasitinya sendiri di bawah bab 2 BMDC Peraturan.
Standard Direct Clearing Participant (DCP) dan Keperluan Kewangan
BMDC, dalam mengambil risiko pihak bersama melalui proses novasi, mengekalkan standard kemasukan minimum bagi memastikan hanya institusi yang benar-benar kukuh kewangannya yang diberi penyertaan. Standard minimum ini membolehkan BMDC menilai pihak bersamanya dan memainkan peranan sebagai barisan pertahanan pertama dalam sistem keselamatan kewangan terdapat dua kategori penyertaan, iaitu General Clearing Participant - GCP dan Peserta Direct Clearing Participant - DCP.
Setiap GCP mestilah pada setiap masa, mengekalkan Modal Bersih Terlaras(ANC) melebihi RM500,000; atau 10% daripada jumlah keseluruhan yang dibayar oleh CP kepada Pusat Penjelasan. ANC dikira sebagai Aset Dibenarkan ditolak Pengurangan Tambahan ditolak Jumlah Liabiliti (Permitted Assets less Additional Deductions less Total Liabilities).
Setiap DCP mestilah pada setiap masa, mengekalkan Aset Ketara Bersih (Net Tangible Asset) (NTA) tidak kurang daripada RM5 juta, atau jaminan korporat tidak kurang daripada RM5 juta. DCP juga disyaratkan untuk menyerahkan Deposit DCP dan mengekalkan pada setiap masa melebihi RM500,000; atau 10% jumlah keseluruhan yang dibayar oleh DCP kepada Pusat Penjelasan. NTA dikira sebagai Aset Ketara ditolak Jumlah Liabiliti.
Maklumat lanjut tentang Standard Direct Clearing Participant (DCP) boleh didapati di bawah bab 3 BMDC Peraturan.
Pengurusan Risiko
BMDC menjaga integriti kewangan melalui polisi pengurusan risikonya. Dalam menangani dan mengurus kredit dan risiko pasaran, BMDC mempunyai polisi berkenaan:
-
Pengambilan Margin dan Nilai Pada Pasaran Semasa (Mark-To-Market)
BMDC berpandangan bahawa dalam menguruskan risiko, keseimbangan yang betul diperlukan antara keperluan untuk keselamatan yang mencukupi dan keperluan untuk menggalakkan dagangan dan meningkatkan kecairan di pasaran. Oleh itu, metodologi pengurusan risiko BMDC, terutamanya berkaitan dengan bon prestasi. sentiasa dikaji bagi memastikan keperluannya tidaklah berkurangan mahupun berlebihan. Fungsi pengurusan risiko dijalankan setiap hari oleh BMDC dan terdapat dalam proses penjelasan dan penyelesaian. lni melibatkan kutipan bon prestasi, tanda ke pasaran dan pengambilan margin intra hari.
-
Bon Prestasi (BMDC Peraturan 6.14)
Keperluan bon prestasi, iaitu deposit penuh percaya bagi menjamin prestasi kontrak terbuka dan sering dirujuk sebagai "margin". Pengumpulan margin dalam setiap kedudukan terbuka yang dipegang oleh CP menjadi asas kepada operasi BMDC bagi melindunginya daripada kerugian yang timbul akibat keingkaran CP. Tahap margin ditentukan dengan berasaskan pendedahan risiko berpotensi maksimum yang diperoleh dalam tempoh satu hari. la mengambil kira sejarah ketaktentuan harga yang meliputi tempoh jangka pendek dan panjang, keadaan semasa dan jangkahan pasaran, serta faktor risiko yang lain.
BMDC mengguna pakai konsep pengambilan margin kasar setiap akaun pelanggan CP dimarginkan secara berasingan. Jumlah margin bagi CP ialah jumlah bagi margin bagi semua akaun pelanggan individu bagi CP. Kedudukan hak milik CP dimarginkan mengikut kedudukan bersih.
Berikut adalah senarai Cagaran yang Diluluskan bagi Margin Permulaan:
- Matawang yang Diluluskan: Dolar Australia, Pound UK, Euro, Dolar Hong Kong, Yen Jepun, Ringgit Malaysia, Renminbi, Dolar Singapura dan Dolar Amerika
- Konstituen Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia, dengan kadar potongan (haircut) sebanyak 30 peratus
- Surat Kredit dalam MYR dan ASD dikeluarkan oleh bank Malaysia yang diluluskan
Setiap kemas kini ke atas Kadar Margin dan Cagaran yang Diluluskan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pekeliling Penjelasan.
- Panduan Pemarginan SPAN
- Pekeliling tentang kadar bon margin/prestasi terkini & kawalan cagaran
-
Harga Penyelesaian Harian (BMDC Peraturan 6.12)
BMDC akan menentukan Harga Penyelesaian Harian bagi setiap kontrak terbuka mengikut prosedurnya. Penentuan Harga Penyelesaian Harian akan mengambil kira maklumat dagangan yang relevan termasuklah bidaan, tawaran dan sebutan harga dagangan di Bursa dan maklumat lain yang dirasakan relevan oleh Pusat Penjelasan. Metodologi yang digariskan di bawah menjadi prinsip asas dalam menentukan harga penyelesaian.
-
Nilai Pada Pasaran Semasa (Mark-To-Market) dan Penyelesaian Harian (BMDC Peraturan 6.13)
Semua kontrak terbuka dinilai setiap hari berbanding Harga Penyelesaian Harian yang ditentukan oleh BMDC pada akhir setiap hari dagangan dan keuntungan atau kerugian yang diperoleh dimasukkan dalam setiap akaun CP. Kerugian mestilah dibayar secara tunai kepada Pusat Penjelasan sebelum permulaan dagangan pada hari perniagaan berikutnya. Keuntungan, sekiranya ada, boleh dikeluarkan atas permintaan CP pada hari perniagaan seterusnya.
-
Pemantauan Intra hari
Pusat Penjelasan memantau aktiviti dagangan CP dan pergerakan harga intra hari secara dekat bagi menilai potensi pendedahannya. Dalam tempoh ketaktentuan pasaran yang melampau, BMDC boleh memulakan proses tanda ke pasar pada hari dagangan untuk dagangan yang dilakukan pada masa berkenaan. Mempunyai dua atau lebih sesi tanda ke pasar dan penyelesaian dalam satu hari dagangan, akan secara efektif menukar tempoh pendedahan BMDC dari sehari kepada segmen dalam sehari. Kerugian mesti dibayar kepada BMDC dalam masa satu jam selepas panggilan margin intra hari dibuat. Kedudukan baru yang dimasuki sehingga suatu tahap pada hari dagangan juga akan mempunyai tanggungjawab margin yang perlu dilangsaikan dalam tempoh berkenaan.
-
Pengasingan Dana Pelanggan
Semua peserta disyaratkan untuk mengasingkan kedudukan dan dana pelanggan daripada akaun mereka sendiri, mengikut Seksyen 118 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan. Keperluan lni diadakan bagi melindungi pelanggan sekiranya berlaku insolvensi atau ketidakstabilan kewangan ke atas peserta penjelasan melalui perjalanan perniagaan mereka.
-
Deposit Sekuriti dan Dana Penjelasan
BMDC mempunyai hak tuntutan ke atas dana kontingensi yang dikendalikannya dalam bentuk Deposit Sekuriti dan sumbangan yang dibuat ke atas Dana Penjelasan.
-
Deposit Sekuriti (BMDC Peraturan 3.15) Setiap CP mestilah mengekalkan Deposit Sekuriti sebanyak RM1 Juta yang disimpan dengan BMDC dalam bentuk tunai atau Surat Kredit. Deposit Sekuriti yang disimpan oleh CP akan digunakan oleh BMDC sekiranya berlaku keingkaran bagi meliputi sebarang Jumlah yang terhutang oleh CP kepada BMDC
-
Dana Penjelasan (BMDC Peraturan - Bab 9) BMDC mengekalkan Dana Penjelasan bagi menampung kerugian yang dialaminya ekoran kegagalan atau ketinggalan oleh mana-mana CP dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Peraturan BMDC (BMDC Rules) atau sekiranya mana-mana institusi kewangan atau organisasi pusat penjelasan gagal untuk melaksanakan sebarang tanggungjawabnya kepada BMDC disebabkan oleh insolvensi, penggantungan operasi yang tidak tentu, ataupun penggantungan pembayaran ataupun perkara lain yang seumpamanya.
Sumbangan CP kepada Dana Penjelasan mestilah dalam bentuk tunai yang terdiri daripada sumbangan tetap sehingga tahap maksima sebanyak RM1.75 Juta dan sumbangan pelbagai seperti yang ditentukan oleh Pusat Penjelasan. BMDC memantau secara dekat saiz Dana Penjelasan pada setiap hari dengan ujian stres menggunakan siri kes senario terburuk dalam sejarah dan mungkin akan meminta sumbangan tambahan bagi menyediakan sumber tambahan kepada Pusat Penjelasan.
Sekiranya tiada keingkaran oleh CP, Dana Penjelasan mungkin digunakan oleh BMDC untuk meliputi sebarang kerugian yang dialaminya kerana keingkaran institusi kewangan atau pusat penjelasan lain. lni bagi memastikan kestabilan yang sistematik, tidak tergugat dengan sebarang punca situasi yang menjejaskan BMDC yang di luar kawalannya. Sekiranya kerugian yang dialami oleh BMDC disebabkan oleh keingkaran CP, margin CP berkenaan, lebihan tunai dan cagaran, Deposit Sekuriti dan sumbangan Dana Penjelasan akan dituntut terlebih dahulu. Seandainya terdapat baki kerugian selepas penggunaan cagaran CP yang ingkar, sumbangan Dana Penjelasan daripada BMDC (Skin-In-The-Game) akan digunakan terlebih dahulu untuk menampung kerugian. Sekiranya keadaan benar-benar berlaku dan jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung kerugian, BMDC boleh mendapatkan daripada sumbangan Dana Penjelasan daripada CP lain mengikut asas yang sepadan seperti yang diperuntukkan di bawah BMDC Peraturan 9.08 dan 9.09.
-
-
Pemantauan Peserta Penjelasan
Menyedari persekitaran yang mencabar dalam pasaran hari ini, BMDC memantau kedudukan dan keadaan kewangan CP secara proaktif. Sekiranya berlaku tumpuan tinggal dalam kedudukan terbuka dengan mana-mana CP yang mungkin akan menyebabkan potensi peningkatan pendedahan pasaran, BMDC mungkin akan meminta pembayaran bagi dana tambahan sebagai sekuriti tambahan terhadap tanggungjawab yang tidak dilaksanakan oleh CP berkenaan. BMDC Juga sentiasa memantau status kecairan kewangan CP sekiranya perlu, apabila CP diminta membayar dana tambahan dalam keadaan pasaran yang meruap.
Tindakan Disiplin dan Keingkaran
Polisi pengurusan risiko yang diamalkan oleh BMDC diwujudkan bagi meminimumkan kemungkinan berlaku keingkaran oleh CP. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keadaan pelanggaran disiplin dan keingkaran, BMDC berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut Bab 10, 11 dan 12 Peraturan BMDC.