Kenyataan Media
PEMENANG – PEMENANG INVESTHACK HACKATHON PERTAMA BERJAYA MENCARI KAEDAH – KAEDAH INOVATIF UNTUK MEMBINA PENYELESAIAN- PENYELESAIAN BERIMPAK BAGI PELABUR RUNCIT DI PASARAN
Pertandingan InvestHack hackathon yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) bersama dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (“CGS-CIMB”) menyaksikan penyertaaan sejumlah 75 pasukan yang terdiri daripada 250 peserta untuk membina dan mengetengahkan penyelesaian inovatif yang berpotensi untuk mempertingkatkan penyertaaan runcit di pasaran.
Pelabur-pelabur runcit telah memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada ketahanan pasaran pada tahun ini. “InvestHack: Memikir Semula Pelaburan”, hackathon runcit pelaburan pertama adalah sebuah inisiatif ke arah mengekalkan pertumbuhan kukuh penyertan pelabur-pelabur runcit di Bursa Malaysia.
Pertandingan tersebut berakhir pada 5 Disember 2020, menyaksikan 10 pasukan di senarai pendek untuk mempersembahkan cadangan-cadangan mereka secara maya di peringkat akhir. Panel hakim terdiri daripada wakil-wakil penganjur dan pakar–pakar bidang teknologi termasuk daripada Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd (“Microsoft Malaysia”) dan Malaysian Global Innovation & Creative Centre (MaGIC).
Dalam ucapan pembukaannya, Datuk Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia berkata, “InvestHack telah dirangka untuk membawa bakat dan minda-minda terbaik daripada komuniti dalam meyumbang kepakaran mereka secara kreatif untuk membantu usaha-usaha kami dalam menyumbang nilai yang bermanfaat di pasaran runcit. Acara yang diadakan julung kali ini telah melangkaui sasaran kami daripada segi jumlah pasukan yang turut serta. Pada akhir hackathon tersebut, sejumlah 50 cadangan inovatif telah dikumpul dan ini adalah sesuatu yang sangat memberangsangkan.”
Sepanjang pertandingan tersebut, setiap pasukan disyaratkan untuk membina penyelesaian-penyelesaian inovatif kepada pelbagai cabaran dalam arena pelaburan runcit. Setiap pasukan menerima tunjuk ajar dan bimbingan daripada para profesional industri.
Pada akhir pertandingan, pasukan ‘Ted Optimus’ telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan telah memenangi hadiah tunai sebanyak RM20,000 di atas cadangan penyelesaian mereka yang memfokuskan pada penyatuan pelbagai sumber data dan merombak data serta maklumat ke format mudah, diyakini dan mudah dicapai untuk membantu pelabur-pelabur peruncit dalam membuat keputusan berhemah. Naib juara dan tempat ketiga telah dikecapi oleh pasukan ‘Everyone Can Invest’ dan ‘Green Phoenix’, yang telah membawa pulang RM10,000 and RM5,000 masing-masing.
Ruzi Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Securities berkata, “Setiap pencapaian bermula daripada keputusan untuk mencuba. Memandangkan ini merupakan kali pertama kami menjadi sebahagian dari hackathon ini, kami tidak mempunyai sebarang andaian sebelum ini. Kami teruja dengan dengan tahap penyertaan dan semangat yang ditunjukkan semasa persembahan cadangan. Tahniah kepada semua pemenang Invest Hack 2020 dan kami berharap terdapat lebih banyak koloborasi dengan Bursa Malaysia pada masa akan datang untuk menggalakkan penyertaan runcit dalam pasaran modal.”
Microsoft Malaysia yang merupakan rakan teknologi InvestHack, telah menyediakan perkhidmatan Microsoft Azure Cloud bagi kegunaan peserta-peserta. Pengarah Urusannya, K. Raman berkata, “Teknologi awan adalah pemudah kritikal untuk membuka potensi ‘disruptive’ pasaran modal dan menambah penyertaan pelabur-pelabur. Kami amat terdorong oleh cadangan-cadangan inovatif yang dipersembahkan oleh peserta-peserta Trading View Inc yang juga bertindak sebagai rakan teknikal bagi acara tersebut.
Pendekatan pelbagai Bursa Malaysia termasuklah menggunakan teknologi untuk menambah akses kepada pasaran. Sepanjang tahun, Bursa Malaysia telah secara berterusan memperkenalkan penambahbaikan dan ciri- ciri baharu kepada ‘digital touchpoint’ seperti Bursa Anywhere, Bursa Marketplace dan Mirror, Learn & Trade platform yang menyediakan kemudahan dan akses kepada para pelabur. Keputusannya adalah positif dengan Nilai Purata Harian (NPH) yang diniagakan oleh pelabur-pelabur runcit bertambah sebanyak 250% pada bulan November 2020 berbanding tahun sebelumnya.
“Hackathon sekarang diiktiraf sebagai keadah inovasi terbuka. Ia bukan sahaja digunakan untuk membina teknologi baharu tetapi juga diperkenalkan untuk menangani isu sosial yang menyokong kepada perkembangan ekonomi,” tambah Datuk Umar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.bursamarketplace.com/investhack-2020/.