Kenyataan Media
BURSA MALAYSIA DERIVATIF BERJAYA MEMENANGI ANUGERAH “EXCHANGE OF THE YEAR – ASIA PACIFIC” PADA ACARA PASARAN HADAPAN DAN OPSYEN (FOW) 2020 ANTARABANGSA
Bursa Malaysia Derivatif (“BMD”) telah dinobatkan sebagai “Exchange of the Year – Asia Pacific” oleh Global Investor Group yang berpangkalan di London pada Anugerah FOW Antarabangsa 2020. Anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian terbaik dari segi inovasi dan komitmen terhadap pasaran dalam industri penjelasan derivatif global.
Datuk Muhamad Umar Swift, Pengerusi BMD dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia berkata sempena kemenangan anugerah tersebut, “Kami ingin berterima kasih kepada FOW kerana mengiktiraf pencapaian-pencapaian kami. Anugerah Antarabangsa tersebut adalah penghormatan signifikan untuk mengakhiri tahun ini. Ia mengesahkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan-keperluan pelanggan kami dalam menyediakan instrumen perlindungan nilai yang diyakini terhadap turun-naik harga dan amat kritikal pada tahun ini ketika pandemik Covid-19 berleluasa.”
“Ia merupakan tahun rekod, dan saya bagi pihak BMD ingin merakamkan penghargaan saya kepada pemain-pemain industri kerana memberikan keyakinan dan kepercayaan terhadap siri produk derivatif Bursa Malaysia dalam pengurusan harga dan pendedahan risiko.
Setakat bulan November 2020, sekitar 13.5 million kontrak-kontrak atau 337.5 juta tan metrik diniagakan di BMD mewakili 17 kali jumlah pengeluaran minyak kelapa sawit Malaysia dan 4.5 kali pengeluaran minyak kelapa sawit global. Sepanjang 12 bulan yang lepas, BMD telah mencapai 20 kali dagangan tertinggi dalam produk-produknya. Rekod sejarah BMD yang paling terbaru telah dicatat pada 28 October 2020, apabila jumlah yang diniagakan untuk Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (“FCPO”) merekodkan paras tertinggi 12 juta lot, mengatasi paras sebelumnya iaitu 11.91 juta lot yang dicapai pada tahun 2017.