Kenyataan Media
BURSA MALAYSIA DERIVATIVES BERJAYA MELENGKAPKAN SERAHAN FIZIKAL PERTAMA KONTRAK NIAGA HADAPAN SEKURITI KERAJAAN MALAYSIA 5 TAHUN
Bursa Malaysia Derivatives Berhad (“BMD”) telah mencatat satu lagi kejayaan bermakna dengan melengkapkan serahan fizikal pertama Kontrak Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia (“MGS”) 5 Tahun (“FMG5”). Ini berikutan pelancaran semula FMG5 pada 18 September 2020 dengan metodologi penyelesaian yang dikaji semula daripada serahan tunai kepada serahan fizikal.
Serahan MGS tersebut yang berjumlah RM11 juta mengikut nilai prinsipal daripada penjual kepada pembeli FMG5 telah dilakukan mengikut model Serahan lawan Bayaran (Delivery vs Payment (“DvP”) di dalam sistem RENTAS. Fungsi Securities Linked Settlement (“SLS”) yang terdapat di RENTAS telah digunakan buat pertama kalinya. Ia membolehkan Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad untuk bertindak sebagai pihak berlawanan (counterparty) bagi memudahkan pertukaran MGS dan bayaran tunai. Ini juga merupakan transaksi tiga pihak DvP yang melibatkan pembeli, penjual dan pusat pihak berlawanan, sementara DvP lain di RENTAS hanya melibatkan dua pihak.
“Kami berpuas hati dengan penyelesaian teratur dan kejayaan serahan fizikal pertama produk MGS. Ianya menunjukkan kecekapan mekanisme serahan MGS yang diadakan oleh Bursa dan bahagian penjelasan,” kata Datuk Muhamad Umar Swift, Pengerusi BMD dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad. “Perubahan dalam cara penyelesaian adalah modifikasi penting yang akan menambah tarikan FMG5 sebagai instrument pengurangan risiko untuk pegangan MGS.”
Mekanisme serahan yang dipertingkatkan ini, di mana ia selari dengan inisiatif pembangunan Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) adalah penambahbaikan yang ketara ke arah akses pasaran dan kecairan di dalam pasaran kewangan tempatan. Peserta-peserta pasaran akan mendapat manfaat daripada pasaran dalam negeri yang telus dan teratur.
“Kami berharap mekanisme serahan tanpa halangan ini akan membolehkan kewujudan kemudahan berasaskan pasaran untuk pengurusan risiko dan penetapan harga di pasaran MGS,” ujar Datuk Umar.
Nilai kumulatif dagangan MGS berjumlah RM30 juta pada 1 Disember 2020 sejak pelancaran semula FMG5.