Kenyataan Media
BURSA MALAYSIA MELENGKAPKAN POC BLOK RANTAI (BLOCKCHAIN) UNTUK MERANGSANG PERTUMBUHAN PASARAN BON LABUAN
Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya melengkapkan ‘proof of concept (POC)’ bon blok rantai (blockchain) bersama dengan syarikat teknologi kewangan (fintech) dari Singapura, iaitu, Hashstacs Pte Ltd (“STACS”).
POC tersebut direka untuk merangsang pertumbuhan pasaran bon di Labuan Financial Exchange (“LFX”) dengan menggunakan peluang-peluang yang dijana oleh teknologi blok rantai dan tokenisasi aset–aset. Ia dilaksanakan melalui tiga metodologi yang berbeza terdiri daripada Dorongan Industri (‘Industry Driven’), Bersandar-Tangkas (‘Lean-Agile’) dan Interaksi Teknologi (‘Technology Interaction’). POC tersebut telah menunjukkan dengan jayanya yang bon digital boleh diterbitkan dan diuruskan ke atas blok rantai dan ciri-cirinya sebagai sumber tunggal kebenaran, kontrak-kontrak pintar dan automasi yang membolehkan perkembangan perkhidmatan-perkhidmatan yang baharu.
“Kami amat berpuas hati dengan penyelesaian peringkat permulaan POC tersebut. Perkongsian kami dengan perserta-peserta industri dan badan-badan kawalan selia menunjukkan bahawa teknologi blok rantai boleh mendatangkan kecekapan yang bertambah, ketelusan dan kepercayaan yang membawa kelebihan kepada pasaran bon. Ini adalah nilai-nilai yang kami jamin dalam usaha kami untuk membangunkan pasaran yang menarik dan rancak,” kata Datuk Muhamad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia.
Encik Benjamin Soh, Pengarah Urusan STACS berkata, “Walaupun terdapat banyak percubaan-percubaan yang dibuat dalam bidang ini, usahasama yang berjaya di antara peserta yang pelbagai adalah sangat kurang. Bersandarkan kepada pengalaman kami dalam bidang teknologi pasaran kewangan, kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Bursa Malaysia, sebuah pasaran saham nasional yang berteraskan inovasi dan yang memaparkan iltizamnya dan kepimpinannya ke arah perkembangan teknologi baharu melalui usahasama ini. Secara bersama, kami telah membawa usaha kolektif pelbagai pengamal, para pengawal selia yang berpandangan jauh dan rakan-rakan teknologi canggih bagi meneroka utiliti untuk industri.”
POC tersebut telah menyaksikan langkah pertama yang diambil oleh industri untuk menerokai potensi blok rantai dan asset-aset digital. Selari dengan penyelesaian POC itu, fasa-fasa yang akan datang akan memupuk lebih banyak kerjasama, pembangunan bersama dan pengunaan teknologi baharu untuk mengembangkan pasaran modal Malaysia dan memperkasakan penemuan peluang-peluang yang baharu.
Bursa Malaysia ingin berterima kasih kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Labuan Financial Services Authority, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan China Construction Bank Corporation Labuan Branch untuk sumbangan mereka dalam menjayakan usaha terbaru Bursa Malaysia itu.