Soalan Lazim
Pengemaskinian Butiran Akaun
- Bagaimanakah cara mengemas kini butiran saya?
Jika anda seorang penyimpan individu, anda mempunyai pilihan sama ada mengakses Bursa Anywhere atau menghubungi ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan untuk menyerahkan butiran akaun yang dikemas kini kepada Bursa Depository.
Kemas kini butiran peribadi melalui Bursa Anywhere:
- Nama;
- Bangsa;
- Kewarganegaraan;
- Alamat berdaftar;
- Alamat surat-menyurat;
- Nombor telefon rumah; dan
- Nombor akaun bank untuk menerima kelayakan (“entitlement”) tunai dengan dokumen sokongan yang berkaitan (jika berkenaan).
Kemas kini butiran peribadi di pejabat ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan:
- Kad Pengenalan (“NRIC”);
- Alamat e-mel; dan
- Nombor telefon bimbit.
Sebarang permintaan kemas kini oleh penyimpan individu melalui Bursa Anywhere akan diserahkan kepada ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan penyimpan untuk pengesahan sebelum maklumat tersebut dikemas kini dalam sistem CDS.
Sebagai alternatif, anda perlu melengkapkan Borang Akaun CDS untuk sebarang pengemaskinian butiran dan menyerahkannya kepada ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan untuk proses selanjutnya.
Jika anda seorang pelabur korporat, anda mesti melengkapkan Borang Akaun CDS dan melampirkan dokumen sokongan (jika berkenaan) kepada ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan yang akan melakukan kemas kini dalam sistem CDS selepas pengesahan.
- Apakah yang perlu saya lakukan jika saya ingin menukar tandatangan saya?
Sama ada anda seorang pelabur individu atau korporat, anda dikehendaki menulis surat rasmi kepada ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan menyatakan hasrat anda untuk menukar tandatangan.
Bagi pelabur individu, anda perlu hadir ke ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan dengan membawa surat rasmi yang menyatakan hasrat untuk menukar tandatangan.
Surat rasmi hendaklah mengandungi perkara berikut:
- Nombor akaun CDS;
- Tandatangan "lama" dan "baharu"; dan
- Tarikh kuat kuasa tandatangan "baharu".
Bagi pelabur korporat, ia memerlukan surat rasmi yang ditandatangani dengan sewajarnya oleh orang yang dilantik untuk mengendalikan akaun CDS menurut resolusi lembaga pengarah syarikat atau resolusi baharu lembaga pengarah mengenai penukaran tandatangan.
- Mengapa notis mengenai kemas kini yang dilaksanakan atau butiran dalam akaun CDS dihantar ke kedua-dua alamat surat-menyurat dan alamat berdaftar saya?
Bursa Depository menghantar notis sedemikian kepada kedua-dua alamat berdaftar dan alamat surat-menyurat jika kedua-dua alamat tersebut berbeza. Ini merupakan salah satu langkah keselamatan yang terdapat dalam sistem CDS untuk melindungi maklumat pemegang akaun CDS daripada sebarang pengemaskinian yang tidak dibenarkan dan untuk melindungi kepentingan pemegang akaun CDS.