Pengurusan Pematuhan
Pengurusan Pematuhan
Fungsi utama Unit Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Pematuhan di dalam Bursa adalah untuk mengurus dan memberikan jaminan bahawa aktiviti Bursa mematuhi peraturan,undang-undang, dan syarat pengawalseliaan yang berkenaan, kod etika dan tatalaku perniagaan dan juga polisi dan prosedur dalaman.
Ia memberi pandangan mendalam secara strategik kepada pihak Lembaga, Pengurusan dan unit-unit perniagaan tentang risiko dan pematuhan berdasarkan kepada maklumat yang dikumpulkan merentasi seluruh rantaian nilai. Penglibatannya yang kerap dan konsisten dengan unit-unit perniagaan dalam Bursa membolehkannya memberi satu pandangan mendalam dari perspektif global menegenai risiko dan implikasi yang berkaitan denganya. Unit Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Pematuhan berada di kedudukan yang baik untuk memberikan pemerhatian yang bernilai, dengan itu membantu Bursa untuk mebuat keputusan perniagaan yang baik.
Rangka Kerja Pengurusan Unit Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Pematuhan
Rangka Kerja Pengurusan Unit Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Pematuhan Bursa telah diformulasi agar ia dapat menguruskan kewajipan pematuhan Bursa dan memitigasikan risiko pematuhan demi untuk mencapai misi pematuhan Bursa. untuk memastikan perolehan standard pematuhan yang tinggi kepada undang-undang, peraturan, kod industri dan standard yang relevan, dan juga standard tadbir urus yang baik, amalan terbaik, etika dan jangkaan komuniti yang baik.
Lebih spesifik lagi, rangka kerja ini memastikan aktiviti Bursa dijalankan secara profesional dan bertanggungjawab. Galakkan diberi agar, pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan dengan undang-undang melalui penerapan dan penyemaian satu budaya pematuhan yang kuat dalam Bursa.
Rangka Kerja Pengurusan Unit Integriti, Tadbir Urus dan Pengurusan Pematuhan telah direka berasaskan kepada Garis Panduan Sistem Pengurusan Pematuhan ISO 19600 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa – dan menggunapakai Prinsip dan Rangka Kerja Pengurusan Risiko Perniagaan Bursa di mana berkenaan.