Penyenaraian dalam Bursa Malaysia
Perkhidmatan Penerbit
Bursa Malaysia adalah antara bursa terbesar di Asia dan yang terbesar di ASEAN dari segi bilangan syarikat yang disenaraikan. Syarikat-syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE, adalah daripada pelbagai sektor.
Dalam membantu pembangunan pasaran modal Malaysia dan meningkatkan daya saing global, Bursa Malaysia komited untuk memberi akses kepada produk dan perkhidmatan yang membantu penerbit membina profil dan kebolehlihatan mereka.
Indeks Kelayakan
Semua syarikat Malaysia yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Malaysia layak dimasukkan dalam siri indeks berikut, tertakluk pada kriteria pemeriksaan indeks masing-masing
Sebagai konstituen indeks, prestasi syarikat anda diberi pendedahan yang lebih luas kepada profesional kewangan domestik dan antarabangsa yang menggunakan indeks untuk membantu mereka menguruskan portfolio pelaburan.
Disertakan juga dalam indeks utama yang membawa kelebihan besar kerana mereka menyokong kecairan dan penjanaan modal bagi syarikat disenaraikan yang layak.