Soalan Lazim
Pengaktifan Akaun Dorman
- Apakah akaun dorman?
Sesuatu akaun dikelaskan sebagai dorman apabila:
- Baki sekuriti dalam akaun CDS adalah sifar; dan
- Tiada sebarang entri debit atau kredit dalam akaun CDS penyimpan selama sekurang-kurangnya tiga puluh enam (36) bulan berturut-turut selepas tarikh baki sifar.
(selepas ini dirujuk sebagai "Dorman")
- Mengapa Bursa Depository mengkelaskan sesuatu akaun CDS sebagai Dorman?
Bursa Depository sentiasa berusaha meningkatkan keselamatan akaun CDS anda. Mengkelaskan akaun CDS yang berkenaan sebagai Dorman akan menyekat transaksi yang tidak dibenarkan.
- Apakah kesan kepada akaun CDS yang dikelaskan sebagai Dorman?
Setelah akaun CDS anda dikelaskan sebagai Dorman, anda tidak dapat menggunakan akaun CDS tersebut untuk melakukan apa-apa transaksi di bawah Peraturan Bursa Depository Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan akaun CDS anda yang berstatus Dorman untuk permohonan IPO dan tindakan korporat. Anda tidak akan menerima sebarang penyata akaun CDS sehingga akaun tersebut diaktifkan semula.
- Adakah saya masih boleh menggunakan akaun CDS Dorman untuk memohon IPO atau tindakan korporat?
Ya. Anda boleh menggunakan akaun CDS yang berstatus Dorman untuk memohon IPO. Begitu juga untuk tindakan korporat. Walau bagaimanapun, status akaun CDS anda kekal Dorman sehingga anda mengaktifkannya semula.
- Adakah saya akan dimaklumkan sebelum akaun CDS saya dikelaskan sebagai Dorman?
Ya. Bursa Depository akan mengeluarkan notis kepada anda sebulan sebelum pengkelasan akaun CDS anda kepada status Dorman.
- Apabila menerima notis daripada Bursa Depository, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan akaun CDS saya daripada dikelaskan sebagai Dorman?
Untuk memastikan akaun CDS anda kekal aktif dan tidak dikelaskan sebagai Dorman, anda perlu melakukan sebarang transaksi CDS yang melibatkan kredit dalam akaun CDS anda, sebelum tarikh ia menjadi dorman berkuat kuasa.
- Adakah saya akan dimaklumkan sekali lagi apabila akaun CDS saya telah dikelaskan sebagai Dorman?
Tidak. Bursa Depository hanya akan menghantar satu notis tunggal kepada anda sebulan sebelum tarikh dorman berkuat kuasa.
- Jika akaun CDS saya Dorman, bolehkah saya mengemas kini butiran saya?
Ya. Anda boleh mengemas kini butiran dalam akaun CDS Dorman melalui Bursa Anywhere atau dengan melengkapkan Borang Akaun CDS dan menyerahkannya kepada ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan di tempat akaun CDS anda disenggara.
- Bagaimanakah cara mengaktifkan semula akaun Dorman saya?
Penyimpan individu yang mempunyai akaun CDS berstatus Dorman boleh menggunakan Bursa Anywhere untuk mengaktifkan semula akaun CDS tersebut. Yuran pengaktifan semula hendaklah dibayar terus oleh penyimpan individu ke akaun bank Bursa Depository melalui gerbang pembayaran FPX Paynet.
Kedua- dua pengdeposit individu dan pelabur koperat boleh melengkapkan borang permohonan untuk mengaktifkan akaun CDS (rujuk https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/central_depository_system/cds_forms) dimana ia boleh didapati di laman web korporat kami, atau serahkan permintaan bertulis kepada ADA/syarikat broker saham di mana akaun CDS dibuka. Yuran pengaktifan akan dikenankan untuk mengaktifkan semula akaun CDS Dormant.
Permohonan untuk Borang Pengaktifan Semula Akaun CDS yang dikemukakan oleh penyimpan badan korporat mesti ditandatangani oleh penandatangan yang diberi kuasa seperti yang ditetapkan dalam Resolusi Lembaga Pengarah kepada ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan di tempat akaun CDS tersebut disenggara.
- Perlukah saya hadir ke ADA/syarikat broker saham/bank pelaburan untuk mengaktifkan semula akaun CDS Dorman? Tidak. Kehadiran anda adalah tidak wajib.
- Adakah saya akan dimaklumkan selepas akaun CDS Dorman diaktifkan semula?
Ya. Bursa Depository akan memaklumkan kepada anda melalui notis apabila akaun CDS Dorman anda telah berjaya diaktifkan semula.