Soalan Lazim
Bursa Anywhere
- Apakah Bursa Anywhere?
Bursa Anywhere ialah platform elektronik layan diri Bursa Depository yang tersedia dalam aplikasi mudah alih, yang membolehkan pendeposit mengakses, mengurus, melaksanakan transaksi CDS dan menerima pemberitahuan CDS secara elektronik.
(Untuk maklumat lanjut tentang Aplikasi Mudah Alih Bursa Anywhere, sila rujuk https://www.bursamarketplace.com/anywhere/asset-doc/faq.pdf)
- Siapakah yang layak mendaftar untuk Bursa Anywhere?
- Pelabur individu baharu yang ingin membuka akaun CDS; atau
- Pendeposit individu yang memiliki akaun CDS dengan Bursa Depository
- Bagaimanakah cara mendaftar untuk Bursa Anywhere?
Anda perlu memuat turun Bursa Anywhere daripada Google Play Store untuk pengguna Android atau App Store untuk pengguna iOS. Maklumat pra-syarat untuk mendaftar Bursa Anywhere adalah alamat e-mel yang sah dan nombor telefon bimbit yang berdaftar untuk menerima TAC kod pengesahan melalui SMS. Ikut arahan pada skrin Bursa Anywhere untuk melengkapkan pendaftaran.
Bagi pendeposit individu sedia ada yang ingin mendaftarkan alamat e-mel untuk akaun CDS, anda memerlukan frasa kata laluan enam (6) digit unik yang dinyatakan dalam cetakan penyata akaun dan notis CDS anda sebelum mendaftarkan alamat e-mel anda. Jika anda tidak dapat mencari frasa kata laluan anda, sila hubungi Meja Perkhidmatan Bursa Anywhere di 03-2034 7090 atau e-mel ke [email protected] untuk mendapatkan frasa kata laluan.
- Bolehkah saya mendaftar untuk Bursa Anywhere jika saya memegang akaun CDS penama?
Perkhidmatan Bursa Anywhere buat masa ini hanya ditawarkan kepada individu yang mempunyai akaun CDS langsung sahaja.
- Bolehkah saya mendaftar untuk Bursa Anywhere jika status akaun CDS semasa saya tidak aktif/dorman?
Tanpa mengira status akaun, individu yang mempunyai akaun CDS langsung sedia ada boleh mendaftar untuk Bursa Anywhere. Individu boleh menggunakan Bursa Anywhere untuk mengaktifkan semula akaun yang tidak aktif atau dorman.
- Bolehkah saya mendaftar untuk Bursa Anywhere melalui computer meja (desktop) atau komputer riba/note book?
Bursa Anywhere merupakan aplikasi mudah alih, oleh itu ia hanya tersedia pada peranti mudah alih iaitu telefon bimbit dan tablet.
- Bolehkah saya mengakses penyata akaun CDS melalui Bursa Anywhere?
Ya. Penyimpan individu yang telah mendaftar dengan Bursa Anywhere akan menerima salinan penyata bulanan akaun CDS melalui Bursa Anywhere. Melalui Bursa Anywhere, penyimpan boleh mengakses penyata akaun CDS dua belas (12) bulan sebelumnya yang telah diarkibkan atau sejak tarikh pendaftaran alamat e-mel yang sah dalam CDS, mengikut mana yang terkini.
- Apakah perkhidmatan yang boleh saya laksanakan di Bursa Anywhere?
Perkhidmatan berikut disediakan di Bursa Anywhere untuk penyimpan individu:
a) Pembukaan akaun CDS baharu;
b) Mendapatkan maklumat baki sekuriti;
c) Melihat penyata CDS bulanan (untuk semua akaun CDS langsung);
d) Pengemaskinian butiran penyimpan dalam CDS;
e) Pemindahan sekuriti antara akaun CDS langsung penyimpan;
f) Mengaktifkan semula akaun yang tidak aktif;
g) Mengaktifkan semula akaun dorman;
h) Melanggan Dividen Elektronik (“eDividen”);
i) Meminta untuk menyatukan penyata akaun CDS/maklumat akaun bank untuk tujuan eDividen;
j) Memohon Terbitan Hak (“eRights”);
k) Menyertai Tawaran Am/Pengambilalihan korporat (“eGO”); atau
l) Menyertai Pelan Pelaburan Semula Dividen elektronik (“eDRP”).