Mengenai LFX
Mengenai Bursa ini
Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia ditetapkan sebagai pusat kewangan antarabangsa pada 1990. Sebagai sebahagian daripada pembangunannya, sebuah bursa kewangan antarabangsa, Labuan International Financial Exchange (LFX), dilancarkan pada 23 November 2000.
Labuan International Financial Exchange Inc., sebuah syarikat saham terhad telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 (LCA) dengan modal dibenarkan dan berbayar masing-masing sebanyak AS$10 juta dan AS$5.5 juta.
LFX adalah bursa kewangan antarabangsa yang berpangkalan di Labuan, pusat kewangan antarabangsa bagi Malaysia. LFX ditubuhkan untuk melengkapkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang terdapat di Labuan pada masa ini.
LFX terhad oleh saham dan dimiliki sepenuhnya oleh Bursa Malaysia Berhad. LFX adalah sebuah Bursa bertaraf penuh dengan kemudahan penyenaraian. Fokus asalnya adalah penyenaraian instrumen kewangan.
Sasaran LFX
Sasaran LFX adalah untuk membantu kemasukan dana melalui penyenaraian instrumen kewangan. Bagi mencapai sasaran yang dinyatakan, LFX akan berusaha:
- Untuk diiktiraf sebagai mesra pelabur.
- Untuk dipacu pasaran dan telus.
- Untuk menggunakan sistem jaringan komunikasi antarabangsa.
Mengapa LFX?
LFX memberi perkhidmatan kepada:
- Keperluan pelabur dan syarikat antarabangsa yang sentiasa berubah.
- Penyenaraian pelbagai instrumen kewangan dalam pelbagai matawang.
- Syarikat yang berhasrat untuk meningkatkan modal secara berkesan dan cekap sejajar dengan konsep globalisasi dan liberalisasi.
- Penggunaan meluas teknologi termaju bagi meningkatkan kecekapan dan meminimumkan kos yang membolehkan pihak tengah pasaran mengambil bahagian pada kos pelaburan bukan mencegah memandangkan apa yang diperlukan hanyalah pelayar web.
Apakah Peluang yang terdapat di LFX?
LFX menyediakan peluang yang tidak terhad kepada pelabur dan syarikat global dengan memberikan:
- Suatu mekanisme pembiayaan bagi syarikat antarabangsa yang beroperasi di wilayah Asia Pasifik.
- Suatu akses yang cekap dan efektif kos kepada pasaran modal dan alternatif praktikal kepada Bursa domestik sedia ada.
- Penyenaraian instrumen konvensional dan Islam.
- Adanya sekuriti dan instrumen pelbagai matawang dan bebas daripada kawalan terpilih bagi pelabur antarabangsa.
- Kefleksibelan bagi menentukan instrumen kewangan bagi penyenaraian kepada penerbit dan penasihat.
Apa yang Boleh Ditawarkan oleh LFX?
- Suatu bursa kewangan sehenti yang menawarkan perkhidmatan penuh daripada penghantaran permohonan hinggalah kepada kelulusan dan penyenaraian instrumen yang disenaraikan.
- Persekitaran yang bertumpu dan mesra kepada pelanggan tanpa mengabaikan aspek utama iaitu kualiti, keselamatan, usaha wajar dan tadbir urus korporat.
- Peraturan liberal bagi penyenaraian pelbagai instrumen kewangan dalam pelbagai matawang tanpa mengabaikan integriti pasaran dan perlindungan pelabur.
- Kelulusan pantas bagi permohonan pelesenan dan penyenaraian, tertakluk kepada syarat yang telah dipenuhi bagi membuat keputusan di LFX adalah tanggungjawab tunggal LFX.
- Satu titik perhubungan dengan pihak pengawalselia statutori melalui Labuan Financial Services Authority (LFSA).
- Transaksi di LFX tidak tertakluk kepada apa-apa kaedah kawalan modal terpilih.
- Transaksi dari Labuan sebagai pelabuhan bebas cukai tidak dikenakan apa-apa levi keluar atau duti setem.
- Penggunaan meluas kemudahan multimedia dan internet untuk meningkatkan capaian dan memastikan operasinya kekal ringkas.
Untuk maklumat lanjut tentang Labuan International Financial Exchange (LFX), sila e-mel kepada [email protected].