Mengenai Bursa Malaysia Derivatives Berhad
Profil Syarikat
Bursa Malaysia Derivatives Berhad merupakan anak syarikat milik penuh oleh Bursa Malaysia Berhad yang menyediakan, mengendalikan serta menyelenggarakan bursa niaga hadapan dan opsyen. Kami menawarkan pelbagai produk derivatif komoditi, ekuiti, dan kewangan yang boleh diperdagangkan secara global melalui platform perdagangan elektronik CME GLOBEX®. Produk unggulan kami, FCPO, merupakan kontrak minyak sawit mentah paling cair di dunia, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat global bagi penentuan harga minyak sawit.
Kami beroperasi di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti dan dikawal oleh Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Ia juga termasuk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia, yang menawarkan pelabur keselamatan berdagang di Bursa yang dikawal selia dengan infrastruktur dan peraturan yang setara dengan pasaran ternama seluruh dunia.
Sejak 2009, kerjasama strategik diantara Bursa Malaysia Derivatives dan Chicago Mercantile Exchange (CME) memudahkan produk kami dalam pengagihan dan akses global serta terus mendukung pertumbuhan kami sehingga kini. Komitmen kami untuk Menciptakan Peluang, Meningkatkan Nilai bagi pemangku kepentingan pada investor. Bursa Malaysia Derivatives terkini dinobatkan sebagai “Exchange of the Year – Commodities” and “Exchange of the Year – Sustainability” di Anugerah oleh Futures & Options World (FOW) The Asia Capital Markets Awards 2023, menandakan tahun kedua berturut-turut kami menerima anugerah-anugerah ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bursa Malaysia Derivatives, sila e-mel kepada kami di [email protected]