Ekuiti
Kos Transaksi
Selain kos penjualan dan pembelian saham, pelanggan harus membayar caj yang berikut:
Kos Transaksi
Kos Transaksi ialah perbelanjaan yang perlu dibayar apabila saham dibeli atau dijual . Kos transaksi termasuk komisen broker, duti setem dan fi penjelasan.
-
Komisen Broker
Brokers' Commission Rates
-
Duti Setem
Duti Setem adalah seperti berikut:-
- Bagi “saham atau stok” - Duti Setem ialah RM1.00 bagi setiap RM1,000 (atau sebahagiannya ) daripada nilai transaksi sekuriti (dibayar oleh kedua-dua pembeli dan penjual). Duti setem boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM1,000.
- Bagi “marketable securities” - Duti Setem ialah RM1.00 bagi setiap RM1,000 (atau sebahagiannya ) daripada nilai transaksi sekuriti (dibayar oleh kedua-dua pembeli dan penjual). Duti setem boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM200.
Satu instrumen berkaitan jualan dan belian runcit * debentur dan runcit* sukuk yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidamatan 2007 [Akta 671] akan dikecualikan daripada duti setem. Arahan pengecualian ini hanya dikenakan kepada pelabur runcit individu* bagi instrumen yang dilaksanakan pada atau selepas 1 Oktober 2012 dan tidak selewat-lewatnya pada 31 Disember 2015.
-
Fi Penjelasan
- Kontrak-Kontrak Diserahkan Hak (dalam transaksi pasaran)
0.03% daripada nilai transaksi (perlu dibayar oleh pembeli dan penjual) pada kadar maksimum RM1000.00 setiap kontrak.Tiada yuran minimum dikenakan.
- Kontrak Perniagaan Langsung
0.03% daripada nilai transaksi (perlu dibayar oleh kedua-dua pembeli dan penjual) pada kadar maksimum RM1000.00 setiap kontrak dan minimum RM10.00.
- Kontrak-Kontrak Diserahkan Hak (dalam transaksi pasaran)
-
Fi Belian Paksa
Fi 1% daripada nilai kontrak belian paksa dalam mata wang sekuriti ini didagangkan akan dikenakan caj oleh Bursa Malaysia kepada Organisasi Peserta yang gagal menyerahkan sekuriti pada hari penyelesaian. Organisasi Peserta ini mempunyai hak untuk mendapatkan semula fi tersebut daripada pelanggan yang gagal dalam penyelesaian tersebut dan berhak mendapat rebat 50% daripada fi tersebut. Fi ini hendaklah diselesaikan oleh Organisasi Peserta yang gagal dalam penyelesaian ini pada T+1 daripada tarikh transaksi belian paksa tersebut. Kutipan fi ini adalah sebahagian daripada amaun penyelesaian harian.
Selain daripada fi di atas, Organisasi Peserta juga perlu menanggung fi berikut sebagai sebahagian daripada kos perdagangan mereka kepada Bursa Malaysia:
-
Fi Perdagangan
Organisasi Peserta hendaklah membayar kepada Bursa Malaysia, fi pada kadar 0.0025% daripada Nilai Kontrak (seperti yang ditentukan dalam Peraturan 11.01).
-
* Sila rujuk "PERINTAH DUTI SETEM (PEREMITAN) (NO.3) 2023"