BMSC dan BMDC sebagai Rakan Niaga Pusat (CCP)
Standard dan Syarat Penyertaan Berhemah
BMSC dan BMDC mengenakan standard kewangan dan operasi yang ketat ke atas peserta-peserta penjelasan dimana mereka dikehendaki untuk menunjukkan pematuhan berterusan kepada semua syarat yang berkenaan dengan kecukupan modal, pengurusan risiko dan pelaporan. Satu aturan perkongsian maklumat telah diwujudkan antara divisyen Risiko & Pematuhan dan divisyen Pengawalseliaan untuk memantau dan mengesan sebarang pelanggaran atau kecurigaan untuk tindakan lanjut. Mekanisma ini memastikan bahawa hanya institusi yang kukuh dari segi kewangan dibenarkan menyertai pasaran dan membenarkan Bursa Malaysia untuk mengesan sebarang risiko pada peringkat awal.