Pemantauan Penerbit
Gambaran Keseluruhan
Bursa Malaysia berwaspada dalam penyeliaan dan pengawasan pematuhannya oleh penerbit tersenarai dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia untuk memastikan penzahiran dan ketelusan bertaraf tinggi dan amalan pentadbiran korporat oleh penerbit tersenarai. Kami memastikan bahawa piawaian yang ditetapkan kepada penerbit tersenarai adalah berkesan untuk mengekalkan satu pasaran teratur dan adil serta demi perlindungan pelabur.
Kami juga memastikan bahawa penerbit tersenarai mematuhi keperluan kemasukan dan kami juga menyelia ketaatan mereka mematuhi obligasi penyenaraian berterusan termasuk mengambil langkah-langkah proaktif untuk memudahkan pematuhan terhadap Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.
Kami meletakkan penekanan terhadap ketetapan masa, kecukupan dan ketepatan penzahiran bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang tepat. Penzahiran adalah satu asas dalam mengekalkan integriti pasaran kita. Obligasi penzahiran penerbit tersenarai ditetapkan di bawah Polici Penzahiran Korporat dalam Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia yang menetapkan syarat-syarat untuk kedua-dua penzahiran kewangan dan bukan kewangan.
Penyeliaan penerbit dijalankan dalam cara berikut:
Permohonan
- Menilai dan memproses permohonan yang dibuat oleh penerbit tersenarai untuk penyenaraian awal dan penyenaraian tambahan sekuriti
- Memproses aplikasi pengecualian, pindaan dan pelanjutan masa bagi pematuhan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia
Penzahiran dan obligasi berterusan penyenaraian
- Memantau dan mengkaji semula pengumuman dan surat-surat pekeliling bagi memastikan bahawa penzahiran adalah bertepatan dengan masa, jelas, mencukupi dan mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia
- Mengkaji semula rencana media dan isu pertanyaan terhadap penerbit tersenarai bagi memastikan semua maklumat material mengenai issuer tersenarai adalah jelas dan disebarkan dengan betul melalui domain awam Bursa Malaysia
- Memantau perdagangan dalam sekuriti penerbit-penerbit tersenarai untuk aktiviti pasaran luar biasa dan memerlukan penerbit-penerbit tersenarai membuat pengumuman segera mengenai sebarang maklumat yang boleh menjelaskan aktiviti pasaran luar biasa
- Memantau pematuhan penerbit-penerbit tersenarai dengan obligasi berterusan penyenaraian ditetapkan dalam Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia termasuk penyerahan maklumat berkala mengikut masa
Tadbir Urus Korporat
- memantau pematuhan kepada piawaian tadbir urus korporat dengan menjalankan penilaian pematuhan penzahiran tadbir urus korporat dalam laporan tahunan dan melaksanakan pemeriksaan “on-site” untuk menyemak pematuhan amalan pentadbiran korporat seperti yang didedahkan atau diumumkan oleh penerbit tersenarai
Pengawasan Korporat
- Pengawasan Korporat
Kami juga menyediakan bimbingan dan maklum balas kepada penerbit tersenarai melalui taklimat rasmi dan urusan tidak rasmi bagi membantu meningkatkan piawaian penzahiran dan amalan pentadbiran korporat oleh penerbit tersenarai.
Apabila ketidakpatuhan dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia dikesan, siasatan akan dijalankan dan tertakluk kepada penemuan, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pihak tersebut.
Kami berusaha untuk memberi satu tahap perkhidmatan yang cemerlang dan mengekalkan hubungan kerja berkesan dengan penerbit tersenarai. Bagi memastikan bahawa pertanyaan boleh disalurkan segera dan kepada kakitangan yang betul, kami telah mendedikasikan kakitangan khusus untuk setiap penerbit tersenarai bagi membantu pertanyaan berkaitan dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia. Ini adalah penting untuk menggalakkan dan mempromosikan pematuhan lebih cekap dengan Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia.