Soalan Lazim
Soalan Lazim Sekuriti-sekuriti Utama
- Apakah maksud tercantum?
Cantuman adalah konsep undang-undang yang melibatkan dua atau lebih sekuriti dicantum secara berkontrak menerusi perjanjian cantuman. Dua atau lebih sekuriti yang dicantum bersama dipanggil sekuriti cantuman. Sekuriti cantuman disebutharga pada harga tunggal dan tidak boleh didagangkan atau dipindah milik bersendirian.
- Apakah dia perjanjian cantuman?
- Satu surat ikatan yang mentadbir sekuriti cantuman dan menentukan aturan cantuman sekuriti yang dicantumkan, termasuk hak dan tanggungjawab yang dikepilkan dengan sekuriti cantuman.
- Secara amnya, jika berlaku percanggahan, Perjanjian Cantuman akan berkuasa terhadap dokumen konstituen setiap penerbit.
- Apakah terma umum perjanjian cantuman?
- Penerbit sekuriti tercantum harus saling bekerjasama dalam semua hal berkaitan sekuriti cantuman itu.
- Memberikan Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan yang serupa.
- Hak pemegang sekuriti untuk memanggil mesyuarat/tempoh notis, pengundian/resolusi.
- Penerbitan sekuriti baharu apa-apa tindakan korporat tidak akan prejudis terhadap cantuman sekuriti.
- Apakah perlembagaan kawalan sekuriti tercantum?
Perlembagaan yang mengawal sekuriti tercantum adalah perlembagaan yang mengawal setiap penerbit, seperti M&A syarikat.
- Bilakah cantuman berkuatkuasa?
Ia berkuatkuasa pada tarikh permulaan cantuman di bawah perjanjian cantuman, untuk mencantumkan dua atau lebih sekuriti secara berkontrak.
- Apakah sekuriti yang boleh dicantumkan bersama?
Ia biasanya satu saham dalam satu syarikat dan satu unit dalam amanah yang berkaitan dengan syarikat itu, saham atau bon, atau unit perniagaan amanah dan unit REIT. Sebagai contoh, unit amanah harta boleh dicantumkan dengan saham satu syarikat yang menguruskan harta amanah itu. Amanah itu adalah pemilik berhak terhadap aset harta. Syarikat berkaitan menguruskan dana dan peluang pembangunan, dan mengenakan yuran kepada amanah itu.
- Apakah maksud nyah-cantum?
Nyah-cantum terjadi apabila sekuriti yang dicantumkan tidak lagi bercantum antara sama lain di bawah keadaan tertentu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian cantuman.
- Mengapakah pelaburan sebegini dibawa kepada pasaran menggunakan struktur begini?
Terdapat beberapa sebab penerbit menggunakan struktur pelaburan ini.
- Sekuriti tercantum boleh digunakan untuk mengasingkan operasi daripada pemilikan aset dan membolehkan pengagihan dibuat kepada pelabur bagi lebihan keuntungan perakaunan.
- Struktur sekuriti tercantum boleh mengaitkan sekuriti berpendapatan pasif dengan satu sekuriti yang berpendapatan aktif.
- Sekuriti tercantum boleh memautkan satu sekuriti yang mendapat pendapatan yang lebih stabil, (cth. REIT) dengan satu lagi yang memberikan pendapatan bervariasi (cth.saham).
- Struktur sekuriti tercantum boleh mengaitkan sekuriti pendapatan pasif dengan satu sekuriti yang mempunyai sejarah pertumbuhan.
- Apakah jenis pengagihan yang boleh dijangka pelabur daripada sekuriti tercantum?
Memandangkan sekuriti tercantum biasanya terdiri daripada satu saham dan satu unit, pelabur boleh menjangka untuk mendapat dividen daripada syarikat dan pengagihan daripada unit amanah. Jika sekuriti tercantum mengandungi amanah harta tersenarai, pelabur mungkin mendapat pengagihan daripada pendapatan tidak dikira (seperti pulangan jumlah modal).
- Bilakah Mesyuarat Agung pemilik sekuriti tercantum perlu diadakan?
Sebagai contoh, jika sekuriti tercantum terdiri daripada dua sekuriti, dan memerlukan satu Mesyuarat Agung;
- Bagi perkara yang memberi kesan kepada kedua-dua penerbit, maka satu Mesyuarat Agung untuk kedua-dua penerbit harus dipanggil.
- Bagi perkara yang memberi kesan hanya kepada satu penerbit, hanya penerbit terkesan sahaja haru memanggil Mesyuarat Agung. Bagaimanapun, kedua-dua penerbit sekuriti tercantum haru merujuk antara satu sama lain mengenai perkara yang berkaitan.
- Adakah pelabur akan mendapat berbagai penyata, pengumuman, tarikh pembayaran dividen, notis pemegang saham?
Oleh kerana penerbit sekuriti tercantum adalah entiti sah secara berasingan, mereka boleh mengeluarkan penyata, pengumuman, tarikh pembayaran dividen dan notis pemegang saham individu. Namun, kerana penerbit dikehendaki bertindak secara konsisten dengan satu sama lain, mereka biasanya akan mengeluarkan penyata, pengumuman, notis pemegang saham, laporan tahunan dan mengumumkan tarikh pengagihan bersama, di mana berkaitan.
- Bagaimanakah Harga Dagangan sekuriti tercantum disebutharga di Bursa Securities?
- Sekuriti tercantum akan disenarai dan disebutharga di Pasaran Utama sebagai satu sekuriti, dengan satu sebutharga.
- Seorang pelabur dibenarkan berdagang pada satu sebutharga tanpa perlu berurusniaga dengan komponen individu sekuriti tercantum.
- Adakah terdapat klasifikasi sector untuk sekuriti tercantum?
Tiada. Sektor diklasifikasikan mengikut klasifikasi sektor penerbit utama.
- Bagaimana pelabur boleh membeli sekuriti tercantum?
Pelabur boleh melabur dalam sekuriti tercantum semasa tawaran awam awal, atau dengan membeli unit sekuriti tercantum yang disenaraikan di bursa. Sekuriti tercantum didagangkan seperti saham, tertakluk kepada dagangan, pembayaran dan peraturan pelunasan yang sama (T + 3). Sekuriti tercantum akan tertakluk kepada kos urus niaga biasa yang terpakai bagi dagangan ekuiti biasa di Pasaran Utama seperti broker dan duti setem.
Pelabur perlu mempunyai akaun Sistem Pendepositan Pusat (CDS) dan akaun dagangan yang diuruskan dengan seorang broker. Mereka boleh membeli atau menjual sekuriti tercantum menerusi broker, remisier atau menerusi dagangan dalam talian pada waktu dagangan.
- Perbandingan Produk
- Laporan Suku Tahun
Laporan Suku Tahun
Penebit utama sekuriti tercantum mesti mengumumkan kepada Bursa tentang laporan suku tahun kumpulan tercantum pada asas gabungan atau disatukan.
Penyata Kewangan Diaudit Tahunan dan Laporan Tahunan
- Penerbit utama mesti menerbitkan laporan tahunan yang termasuk penyata kewangan diaudit tahunan kumpulan yang dicantumkan pada asas gabungan atau disatukan, bersama-sama dengan laporan juruaudit dan pengarah mengenai kumpulan tercantum.
- Jika pihak satu lagi penerbit tercantum menerbitkan laporan tahunan, ia juga mesti mengumumkan laporan tahunannya kepada Bursa dan memanjangkannya kepada pemegang sekuriti tercantum.