Urusniaga
Garis Panduan Kemasukan
PERMOHONAN PENDAFTARAN SEBAGAI ORGANISASI PESERTA ISLAM BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD (“BURSA SECURITIES”)
Semua pemohon dikehendaki mengkaji dengan teliti Amalan Terbaik dalam Perkhidmatan Pembrokeran Saham Islam yang Dilaksanakan oleh Organisasi Peserta (“Amalan Terbaik”) sebelum mengemukakan permohonan mereka. Amalan Terbaik menetapkan keperluan Peserta Bursa Securities.
-
Permohonan kepada Bursa Malaysia
Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengiring kepada Bursa Securities yang memperincikan kelulusan yang diminta dan ditujukan kepada Bursa Securities untuk menubuhkan dan melaksanakan perkhidmatan pembrokeran saham Islam sama ada secara penuh atau tingkap Islam. -
Permohonan Perkhidmatan Pembrokeran Saham Islam
Untuk menjalankan perkhidmatan pembrokeran saham Islam, pemohon dikehendaki memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam Amalan terbaik dalam Perkhidmatan Pembrokeran Saham Islam yang Dilaksanakan oleh Organisasi Peserta (“Amalan Terbaik”) yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling ‘Organisasi Peserta’ Bil. R/R6 2016 bertarikh 1 September 2016 yang dikeluarkan oleh Bursa Securities.
Pemohon juga hendaklah mengemukakan dokumen berikut untuk tujuan permohonan:
Persijilan Syariah;
Manual dasar dan prosedur dalam menjalankan perkhidmatan Pembrokeran saham Islam;
Program Audit Dalaman untuk perkhidmatan Pembrokeran saham Islam;
Latihan sumber manusia terhadap kakitangan perkhidmatan Pembrokeran saham Islam; dan
Lampiran mengikut Amalan Terbaik:
Amalan Terbaik - R/R 6 2016 (tidak wajib);
Resolusi Lembaga Pengarah mengenai penubuhan perkhidmatan Pembrokeran saham Islam;
Borang Permohonan Akaun Islamik Individu;
Borang Permohonan Akaun Islamik Korporat;
Cadangan carta organisasi bagi perkhidmatan Pembrokeran saham Islam;
Perbandingan ciri-ciri produk (Konvensional vs Akaun Perdagangan Islam);
Operasi Kawalan Kredit;
Operasi Perkhidmatan Pelanggan;
Operasi Kewangan (akaun umum, akaun perdagangan klien, pembayaran, resit, carta akaun); dan
Operasi Penyelesaian
-
Kelulusan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”)
Bursa Securities akan mengemukakan permohonan tersebut dan cadangannya kepada SC untuk keputusannya. Sekiranya SC tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan tersebut, surat yang menunjukkan keputusan sedemikian akan dikeluarkan kepada Bursa. -
Pendaftaran dengan Bursa Securities
Setelah menerima surat tiada bantahan daripada SC, Bursa Securities akan mengeluarkan surat kelulusan kepada pemohon untuk menjalankan aktiviti Pembrokeran Saham Islam.