Ekuiti
Sesi Dagangan
Dagangan di Bursa Malaysia adalah dari Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum dan cuti yang diumumkan oleh Bursa Malaysia.
MASA PASARAN EKUITI | ||
---|---|---|
Fasa Dagangan | Pasaran Normal dan Pasaran “Odd Lot” | |
Sesi Pertama | Pra-Pembukaan | 8:30 pagi |
Pembukaan dan Dagangan Berterusan | 9:00 pagi | |
Tutup | 12:30 tengahari | |
Makan tengah hari | ||
Sesi Kedua | Pra-Pembukaan | 2:00 petang |
Pembukaan dan Dagangan Berterusan | 2:30 petang | |
Pra-Penutupan | 4:45 petang | |
Tutup | 4:50 petang | |
Dagangan Akhir | 4:50 petang - 5:00 petang |
Nota:Kesemua pesanan yang belum dipadankan di sepanjang sesi pertama akan dilanjutkan ke sesi kedua dan mesti dianggap sah untuk keseluruhan hari dagangan. Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk Pesanan Harian.
Sila rujuk kepada kalendar percutian untuk hari-hari yang tiada dagangan.on my site
Pesanan Harian
Apakah itu Pesanan Harian?
Pesanan Harian adalah pesanan yang kekal sah sehingga berakhirnya hari dagangan bilamana pesanan ini didaftarkan. Pesanan untuk membeli atau menjual suatu saham adalah sah untuk hari dagangan. Pesanan yang telah didaftarkan namun tidak disempurnakan semasa sesi pagi (sesi pertama) akan dilanjutkan secara automatik ke sesi petang (sesi kedua) dalam hari dagangan yang sama.
Patutkah saya membiarkan pesanan saya dilanjutkan ke sesi petang?
Tidak. Semua pesanan yang belum dipadankan semasa sesi pagi akan secara automatiknya dilanjutkan ke sesi petang melalui sistem dagangan.
Adakah saya akan hilang keutamaan pesanan saya?
Tidak. Keutamaan pesanan tidak akan hilang. Pesanan yang belum dipadankan akan dikekalkan dalam buku pesanan.
Apa yang harus saya lakukan jika saya tidak berniat membawa pesanan yang belum dipadankan pada sesi pagi untuk dilanjutkan pada sesi petang?
Para pelabur yang tidak berniat membawa pesanan yang belum dipadankan untuk dilanjutkan pada ke sesi petang adalah dinasihatkan agar membatalkan pesanan secara manual sebelum pesanan-pesanan ini dipadankan.
Bilakah saya boleh membatalkan pesanan sesi pagi yang belum dipadankan?
Para pelabur boleh membatalkan pesanan sesi pagi yang belum dipadankan sebelum bermulanya sesi petang jam 2:30 petang.
Apakah had dagangan dengan terlaksananya Pesanan Harian?
Had dagangan akan dilaksana berdasarkan rujukan harga dan harus sah bagi keseluruhan hari dagangan seperti berikut:
- Dagangan saham RM 1.00 dan ke atas – had 30% akan digunakan
- Dagangan saham di bawah RM 1.00 – had 30 sen akan digunakan
Apakah status pesanan saya jika saham ditangguhkan dagangan (status “Dilarang”)dalam sesi pagi dan ditawarkan semula dalam sesi petang?
Kesemua pesanan yang belum dipadankan bagi saham yang tergantung (status “S-Suspend”) akan dikeluarkan dengan serta merta.
Media Release - Bursa Malaysia to Implement Day Order for Increased Efficiency
Sila rujuk kepada kalendar percutian untuk hari-hari yang tiada dagangan.