Ekuiti
Transaksi Kontra
Prosedur yang memberikan arahan untuk membeli dan menjual dalam urus niaga kontra adalah sama. Satu-satunya perbezaan ialah pelanggan membayar broker atau broker membayar pelanggan bagi perbezaan harga antara transaksi membeli dan transaksi menjual.
Jika kos belian lebih tinggi daripada hasil jualan, ia menyebabkan kerugian kontra iaitu pelanggan membayar broker.
Jika hasil jualan lebih tinggi, ini menghasilkan keuntungan kontra iaitu broker membayar pelanggan.
Urus niaga kontra bukan hak pelanggan tetapi kelebihan yang diberikan oleh syarikat broker saham kepada pelanggannya. Ini bermakna syarikat broker saham tidak terikat untuk memberikan fasililti urus niaga kontra kepada semua pelanggannnya.