Bon
Transaksi Dagangan
Peserta ahli boleh menjalankan transaksi melalui tiga (3) jenis fungsi, iaitu:
-
Padanan Tempahan
Padanan tempahan merujuk padanan dagangan serupa yang dibuat oleh pembeli dan penjual dalam kumpulan yang secara automatik akan memadankan tempahan dalam kumpulan mengikut mekanisme padanan dengan satu set prinsip padanan yang telah ditentukan lebih awal. Apabila telah dipadankan, satu pengesahan akan dihantar secara automatik kepada kedua-dua pihak.
Jenis-jenis Transaksi
- Outright Buy and Sell (OBS)
- Dagangan OBS ialah apabila bon dibeli atau dijual mengikut terma dan syarat standard yang dinyatakan dalam persekitaran dagangan bon biasa
- When Issued (WI)
- Dagangan WI berlaku pada tarikh pengumuman tender bagi semua instrumen bon selepas pewujudan saham, didagangkan sama ada pada harga atau hasil, dan dagangan diteruskan sehingga keputusan tender diumumkan kepada pasaran
-
Rundingan Dagangan
Ini ialah proses apabila pedagang mengiklankan sebut harga kepada peserta terpilih. Pihak berkenaan mungkin akan memberikan respons kepada sebut harga yang diiklankan dan dirundingkan secara elektronik dengan pemula untuk mencapai harga/volum yang disukai dan dipersetujui.
Jenis-jenis Transaksi
- Outright Buy and Sell
- When Issued
- Repo / Sell and Buy Back (SBBA)
-
Pelaporan Dagangan
Satu fungsi untuk melaporkan apa-apa dagangan yang dilakukan antara pembeli dengan penjual yang telah didagangkan di luar sistem. Sistem ini membenarkan pihak yang terlibat dalam dagangan luar pasaran untuk melaporkan semua transaksi dengan serta-merta, tidak kira sama ada satu atau kedua-dua pihak transaksi itu ialah peserta ahli, sama ada untuk akaun sendiri atau pelanggan.