Pinjaman & Peminjaman Sekuriti (SBL)
Gambaran Keseluruhan
Di bawah rangka kerja ini, Bursa Clearing (S) akan bertindak sebagai Agensi Peminjaman Pusat (CLA), Bursa Clearing (S) dan membuat pinjaman daripada pemberi pinjaman dan seterusnya meminjamkan kembali kepada peminjam. Mana-mana pihak yang mempunyai bilangan saham yang mencukupi, boleh meminjamkan kepada CLA. Sebaliknya hanya organisasi yang mengambil bahagian, iaitu syarikat broker saham yang diluluskan sahaja yang layak untuk peminjam.
Pihak lain yang ingin meminjam saham mesti melalui organisasi yang mengambil bahagian (PO) yang diluluskan. Pemberi pinjaman dan peminjam mesti membuat perjanjian SSL, yang akan menyatakan hak-hak dan tanggungjawab kedua-dua belah pihak.
Manfaat yang boleh dicapai dengan pelaksanaan Bursa Clearing (S) sebagai CLA adalah seperti yang berikut:
- Memberi jaminan transaksi SSL dipenuhi.
- Menyediakan lokasi pusat bagi peminjam untuk mendapatkan maklumat berkenaan sekuriti yang tersedia untuk dipinjam.
- Menguruskan risiko yang berkaitan dengan pinjaman.
- Menyediakan lokasi pusat di mana semua maklumat mengenai dan peminjaman dan pemberian pinjaman saham boleh diperoleh.