Indeks
FTSE Bursa Malaysia KLCI
Objektif strategik di Bursa Malaysia
Bursa Malaysia komited ke arah memperluaskan capaian global pasaran modal Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan dan infrastruktur kompetitif melalui piawaian diterima di peringkat antarabangsa yang relevan di peringkat global.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif strategik Bursa Malaysia, lndeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) telah dipertingkatkan untuk memastikan bahawa ia sentiasa kukuh dalam mengukur ekonomi negara dengan meningkatkan hubungan dan kepada ekonomi global. Bursa Malaysia bersama-sama dengan rakan indeks FTSE telah mengintegrasikan KLCI dengan kaedah mengira indeks yang diterima di peringkat antarabangsa untuk menyediakan indeks yang boleh labur, yang boleh didagang dan diuruskan secara telus.
KLCI dipertingkatkan, manakala selebihnya wakil pasaran saham Malaysia, menyediakan platform untuk pelbagai jenis peluang pelaburan yang menarik.
KLCI kini dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan pada hari Isnin, 6 Julai 2009.
Pemilihan FTSE Bursa Malaysia KLCI
FTSE Bursa Malaysia KLCI mengandungi 30 syarikat terbesar yang disenaraikan di Papan Utama dengan pemodalan pasaran penuh yang memenuhi keperluan kelayakan Peraturan Am FTSE Bursa Malaysia.
Kedua-dua syarat keperluan kelayakan dinyatakan dalam Peraturan Asas FTSE Bursa Malaysia merupakan syarat apungan bebas dan kecairan seperti yang dinyatakan di bawah :-
-
Apungan Bebas
Setiap syarikat disyaratkan untuk mempunyai apungan bebas minimum sebanyak 15%. Apungan bebas tidak termasuk pemegangan saham terhad seperti pegangan silang, pegangan jangka panjang signifikan oleh pengasas syarikat, keluarga mereka dan/atau pengarah,skim saham kakitangan terhad, pegangan kerajaan. Pelaburan portfolio tertakluk kepada kunci dalam klausa,bagi tempoh klausa berkenaan. Faktor apungan bebas diaplikasikan kepada pemodalan pasaran bagi setiap syarikat sebagaimana penjaluran yang ditetapkan dalam Peraturan Asas FTSE Bursa Malaysia. Faktor ini digunakan untuk menentukan pembahagian kepada aktiviti pasaran syarikat dalam indeks.
-
Kecairan
Pemeriksaan kecairan digunakan untuk memastikan saham syarikat cukup cair untuk didagangkan. Kaedah ini berdasarkan kepada pengiran median harian saham didagangkan setiap bulan.
Pengiraan dan Kajian Semula FTSE Bursa Malaysia KLCI
FTSE menggunakan harga masa sebenar dan penutup yang didapati daripada Bursa Malaysia untuk mengira FTSE Bursa Malaysia KLCI. Pengiraan berdasarkan formula yang berasaskan nilai dan dilaraskan oleh faktor apungan bebas. Nilai FTSE Bursa Malaysia KLCI dikira dan disebarkan setiap 15 saat.
FTSE Bursa Malaysia KLCI dikaji semula oleh Jawatankuasa Penasihat lndeks FTSE Bursa Malaysia Indeks secara separuh tahunan pada Jun dan Disember. Data penuh pemodalan pasaran pada hari akhir dagangan pada Mei dan November digunakan untuk kajian itu. Sebarang perubahan konstituen akan dilaksanakan selepas perniagaan ditutup pada hariJumaat ketiga bulan Jun dan Disember.
Sila rujuk Peraturan Asas FTSE Bursa Malaysia untuk maklumat lanjut tentang kelayakan, pengiraan dan kriteria kajian.
Variasi Spesifikasi Kontrak Kuala Lumpur Composite Index Futures (FKLI) dan Kuala Lumpur Composite Index Options (OKLI)
Berikutan perubahan KLCI ke FTSE Bursa Malaysia KLCI pada Tarikh Pelaksanaan,sila ambil perhatian bahawa spesifikasi kontrak bagi kontrak FKLIdan OKLI yang (kini dinyatakan masing-masing dalam Jadual 6 dan 7 Peraturan Bursa Malaysia Derivatives Berhad ("Peraturan Bursa Derivatives") yang diwujudkan dalam bulan dagangan seperti dinyatakan dalam jadual di bawah akan dipelbagaikan berkuat kuasa pada 1 Februari 2009 dalam bentuk yang dinyatakan dalam perenggan (i) dan (ii) di bawah.
Bulan Dagangan | Jenis Kontrak | Bulan Kontrak | Indek Dasar | |
---|---|---|---|---|
a | Feb 2009 - Apr 2009 | Suku Kedua | Sept 2009 | Dagangan kontrak akan berdasarkan KLCI dari 1 Feb. 2009 hingga 3 Jul 2009, dan seterusnya berdasarkan FTSE Bursa Malaysia KLCI hingga tamat tempoh. |
b | Mei 2009 |
Suku Pertama Suku Kedua |
Sept 2009 Dis 2009 |
Dagangan kontrak akan berdasarkan KLCI hingga 3 Jul 2009, dan seterusnya berdasarkan FTSE Bursa Malaysia KLCI hingga tamat tempoh. |
c | Jun 2009 |
Bulan Hadapan Suku Pertama Suku Kedua |
Jul 2009 Sept 2009 Dis 2009 |
Dagangan kontrak akan berdasarkan KLCI hingga 3 Jul .2009, dan seterusnya berdasarkan FTSE Bursa Malaysia KLCI hingga tamat tempoh. |
d | Jul 2009 |
Bulan Lani Bulan Hadapan Suku Pertama Suku Kedua |
Jul 2009 Ogos 2009 Sep 2009 Dis 2009 |
Dagangan kontrak akan berdasarkan KLCI hingga 3 Jul.2009, dan seterusnya berdasarkan FTSE Bursa Malaysia KLCI hingga tamat tempoh. |
-
'INDEKS ASAS SAHAM' seperti dinyatakan dalam Jadual 6 untuk FKLI dan seperti dinyatakan dalam Jadual 7 untuk OKLI adalah diubah untuk dibaca seperti yang berikut.
'Indeks Komposit Kuala Lumpur (dari 1 Februari 2009 hingga 3 Julai 2009) FTSE Bursa Malaysia KLCI (dari Julai 2009 ke atas)'.
-
untuk penambahan 'KLAUSA PEMBAHAGIAN' seperti yang berikut.
'Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI dikira oleh FTSE International Limited ("FTSE").
Semua hak harta intelek dalam FTSE BURSA MALAYSIA KLCI diberikan kepada FTSE dan Bursa Malaysia Berhad ("BURSA MALAYSIA"). "FTSE®", "FT-SE®" dan "Footsie®" adalah tanda dagangan London Stock Exchange Plc (the "LSE") dan The Financial Times Limited ("FT") dan digunakan oleh FTSE di bawah lesen. "BURSA MALAYSIA", "Kuala Lumpur Composite Index" dan "KLCI" adalah tanda dagangan BURSA MALAYSIA.
FTSE atau BURSA MALAYSIA atau LSE atau FT tidak membuat apa-apa jaminan atau perwakilan,secara pernyataan atau tersirat,sama ada kepada keputusan yang diperoleh daripada penggunaan FTSE Bursa Malaysia KLCI dan/atau angka di mana FTSE Bursa Malaysia KLCI berada pada bila-bila masa atau mana-mana hari atau sebaliknya'.
FTSE atau BURSA MALAYSIA atau LSE atau FT tidak membuat apa-apa jaminan atau perwakilan,secara pernyataan atau tersirat, sama ada kepada keputusan yang diperoleh daripada penggunaan FTSE Bursa Malaysia KLCI dan/atau angka dimana FTSE Bursa Malaysia KLCI berada pada bila-bila masa dan hari atau sebaliknya.
Kekuatan FTSE Bursa Malaysia KLCI
-
KLCI dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI untuk memberikan kerelevanan, pengiktirafan dan jangkauan global.
-
Satu barometer pasaran yang terdiri daripada penggerak pasaran utama akan mendefinisikan aktiviti pasaran dengan lebih tepat di samping terus menjadi wakil kepada pasaran saham Malaysia.
-
Kaedah pengiran indeks FTSE Bursa Malaysia menekankan kepada apungan bebas dan pemeriksaan kecairan bagi perwakilan pasaran yang lebih jelas.
-
Kumpulan yang lebih kecil sebanyak 30 saham menjadikannya lebih mudah diurus dan lebih menarik untuk pewujudan produk Kaitan Indeks untuk menggalakkan kecairan pasaran.
-
Meningkatkan kekerapan pengiraan indeks dari setiap 60 saat kepada setiap 15 saat untuk menjejaki nadi pasaran dengan lebih teliti dan cekap.
-
Kesinambungan nilai indeks KLCI mengekalkan pergerakan bersejarah bagi pasaran saham Malaysia.
Peristiwa Penting KLCI
Barometer pasaran saham Malaysia ialah lndeks Perindustrian yang dilancarkan pada 2 Januari 1970. Konstituennya terdiri daripada 30 saham perindustrian dan tahun asasnya adalah 1970. Menjelang 1985, lndeks Perindustrian dianggap tidak lagi reflektif pasaran saham. Bursa dan wakil industri bersetuju bahawa pasaran saham memerlukan satu indeks yang reflektif kepada prestasi pasaran,sensitif kepada jangkaan pelabur, menunjukkan perubahan polisi Kerajaan dan responsive kepada perubahan struktur dalam ekonomi. lndeks ini dikenali kini sebagai lndeks Komposit KLSE atau KLCI.
4 Apr 1986 | KLCI dilancarkan sebagai indeks terbuka dengan sejumlah 83 syarikat dan dikira tiga kali sehari. Kriteria kiraan jumlah dagangan adalah 250 lot setahun. |
30 Jan 1990 | Kekerapan pengiraan ditingkatkan kepada setiap 15 minit. |
29 Mei 1992 | Kriteria jumlah dagangan ditingkatkan kepada 1,000 lot setahun. |
18 Apr 1995 | Jumlah konstituen ditingkatkan dan ditetapkan kepada 100 untuk membolehkan penyenaraian indeks saham hadapan.Kekerapan pengiraan ditingkatkan kepada setiap 60 saat. |
19 Mac 1998 | Peningkatan objektif untuk menjejaki ekonomi dengan lebih baik. |
25 Mei 2005 | Amalan melaras asas indeks untuk dividen dihentikan. |
6 Jul 2009 | Kini dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI dan menggunakan kaedah pengiraan FTSE Bursa Malaysia Index. |
9 Jun 2011 | Peningkatan peraturan pemeriksaan kecairan untuk menyelaraskan indeks ini dengan standard global. |