Ekuiti
Amanah Perniagaan
Amanah Perniagaan ialah kelas aset yang baru diperkenalkan di pasaran modal. Malaysia, berikutan wujudnya Garis Panduan Amanah Perniagaan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang berkuat kuasa pada 28 Disember 2012.
Amanah Perniagaan ialah syarikat-syarikat perniagaan yang dibangunkan sebagai syarikat amanah. Syarikat amanah mempunyai struktur hibrid dengan penggabungan elemen-elemen syarikat biasa dengan syarikat amanah.
Amanah perniagaan beroperasi sebagai sebuah syarikat perniagaan. Walau bagaimanapun, ia diwujudkan di bawah perjanjian amanah, dengan pemegang amanah mempunyai hak undang-undang ke atas aset-aset di bawah syarikat dan akan menguruskan aset-aset tersebut bagi pihak benefisiari amanah syarikat.
Pemegang unit setiap amanah perniagaan boleh mendapatkan keuntungan atau pendapatan daripada pengurusan aset dalam amanah perniagaan melalui pengagihan pendapatan yang diisytiharkan oleh pengurus amanah.
Modal amanah perniagaan sesuai untuk perniagaan intensif-modal aliran tunai yang stabil dan akan mengagihkan pendapatan daripada aliran tunai tanpa terikat dengan keuntungan perakaunan. Fleksibiliti pengagihan pendapatan adalah satu kelebihan terutamanya bagi perniagaan yang mungkin terkesan akibat kos yang mempunyai susut nilai yang tinggi.
Soalan Lazim |
---|