Penyeliaan Penerbit
Penyenaraian
Bursa Malaysia telah menetapkan rangka kerja kawal selia yang kukuh untuk tujuan pendaftaran, pemantauan dan penyeliaan penerbit di Pasaran Utama, Pasaran ACE dan Pasaran LEAP melalui peruntukan Syarat-Syarat Penyenaraian yang berkenaan (“Syarat-Syarat Penyenaraian”).
Bagi memastikan pasaran yang adil dan teratur, di samping membina dan mengekalkan integriti pasaran dan keyakinan pelabur, pasukan Penyenaraian telah diamanahkan dengan tugas penting sebagai badan kawal selia utama untuk mendaftarkan, memantau dan menyelia penerbit tersenarai. Fungsi utama pasukan Penyenaraian ini termasuk:
- Menyemak dan memproses permohonan
- Menyemak dan memproses permohonan untuk pendaftaran ke dalam Senarai Rasmi Pasaran ACE dan Pasaran LEAP
- Menyemak dan memproses permohonan penyenaraian untuk penjanaan dana sekunder
- Menilai dan memproses permohonan untuk penyenaraian Waran Berstruktur
- Menyemak permohonan untuk pengecualian, pengubahsuaian dan pelanjutan tempoh berhubung dengan pematuhan kepada Syarat-Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia
- Menyemak dan memproses cadangan regularisasi oleh syarikat-syarikat yang mengalami masalah kewangan (Syarikat-syarikat PN17 atau GN3), syarikat yang mempunyai tahap operasi yang tidak mencukupi (Syarikat-syarikat Perenggan/Peraturan 8.03A) dan penerbit tersenarai yang dikategorikan sebagai syarikat tunai (Syarikat-syarikat Tunai)
- Pendedahan Maklumat dan Kewajipan untuk Memastikan Penyenaraian yang Berterusan
- Memantau dan menyemak pengumuman dan surat pekeliling bagi memastikan pematuhan kepada Syarat-syarat Penyenaraian, termasuk keperluan mengenai pendedahan maklumat yang secukupnya, tepat dan terkini
- Menyemak maklumat penting dalam artikel media dan mengeluarkan pertanyaan kepada penerbit tersenarai agar proses penyebaran maklumat yang jelas dan secukupnya dapat dilakukan dengan cara yang betul dan sewajarnya kepada pihak-pihak berkepentingan melalui Bursa LINK
- Memantau dan mewajibkan penerbit tersenarai membuat pengumuman segera mengenai sebarang maklumat yang mungkin menjadi punca atau menyumbang kepada Aktiviti Pasaran Luar Biasa (Unusual Market Activities atau “UMA”)
- Memantau pematuhan penerbit tersenarai kepada semua kewajipan penyenaraian berterusan sepertimana yang ditetapkan dalam Syarat-syarat Penyenaraian, contohnya penghantaran maklumat berkala seperti penyata kewangan yang tepat pada masanya
- Menilai dan menggantung dagangan sekuriti atas permintaan sukarela penerbit tersenarai dan mengurusniaga semula selepas itu
- Menggantung atau menghentikan dagangan dan mengurusniaga semula selepas itu
- Berbincang dengan penerbit tersenarai dan/atau penasihat dan menyelesaikan isu-isu pematuhan menurut Syarat-syarat Penyenaraian
- Memantau Penaja Pasaran ACE
- Memantau Penasihat Pasaran LEAP
- Memberikan Nasihat mengenai Syarat-syarat Penyenaraian
- Bursa LINK dan Sokongan
Bursa Malaysia memberi penekanan yang tinggi terhadap pendedahan maklumat yang secukupnya, tepat dan terkini bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang termaklum. Ini penting kerana pendedahan merupakan asas bagi mengekalkan integriti dan kecekapan pasaran.
Bagi memastikan kualiti pendedahan dan amalan pematuhan yang tinggi di kalangan penerbit tersenarai, kami melaksanakan fungsi-fungsi utama berikut:
Kami menyemak dan memproses permohonan ke dalam senarai daftar Penaja dan menyelenggara Daftar Penaja. Kami juga memantau dan berbincang dengan Penaja mengenai tatalakunya dan tatalaku syarikat-syarikat tajaannya.
Kami menyemak dan memproses permohonan ke dalam senarai daftar Penasihat dan menyelenggara Daftar Penasihat. Kami juga memantau dan berbincang dengan Penasihat mengenai tatalakunya dan tatalaku syarikat-syarikat tajaannya.
Kami menyediakan khidmat bantuan pentafsiran dan aplikasi Syarat-syarat Penyenaraian kepada penerbit tersenarai, penasihat dan peserta industri yang relevan (askListing@Bursa)
Bursa LINK memudahkan penyebaran maklumat secara dalam talian (online). Ini termasuk pengumuman oleh penerbit tersenarai dan dokumen-dokumen seperti surat pekeliling, Laporan Tahunan, Laporan Suku Tahun dan Prospektus. Ia juga menyediakan platform kepada penerbit tersenarai untuk menghantar permohonan secara dalam talian, contohnya permohonan penyenaraian dan permohonan pengecualian.
Selain menawarkan sokongan permohonan yang berterusan kepada pengguna BURSA LINK, Pasukan Penyenaraian juga menyediakan latihan, taklimat dan program perkembangan yang lain untuk pengguna LINK sedia ada dan baharu.