Pengawasan Pasaran
Langkah Kawal Selia
Penguatkuasaan Lembut
PenguPenguatkuasaan lembut ialah pendekatan yang digunakan untuk menangani kebimbangan ketidaktentuan dagangan melalui keterlibatan dengan Organisasi yang Mengambil Bahagian (POs).
Objektif penguatkuasaan lembut adalah:
- Bagi menangani ketidaktentuan dagangan yang nyata dengan cepat
- Bagi memupuk pemahaman dalam kalangan POs tentang harapan Bursa Malaysia berkaitan dengan amalan baik dagangan termasuk standard kelakuan yang diinginkan.
- Bagi menanam budaya kawal selia kendiri di kalangan POs
- Bagi memastikan POs menyedari bahawa aktiviti dagangan yang tidak teratur adalah dipantau oleh Bursa Malaysia
Harapan Bursa Malaysia terhadap POs selepas penguatkuasaan lembut termasuklah:
- POs akan menyiasat serta-merta ke atas kemungkinan ketidaktentuan
- Menghentikan salah laku dagangan
Amaran Pasaran
Amaran Pasaran ialah suatu amaran yang dimulakan untuk memberi amaran kepada pelabur awam ke atas kemungkinan aktiviti dagangan luar biasa ke atas sesuatu sekuriti. Amaran Pasaran dikeluarkan melalui kenyataan media dan Pekeliling Penyenaraian.
Amaran Pasaran bertindak untuk memberi amaran kepada pelabur:
- Agar memberi perhatian ke atas perkembangan terkini syarikat disenaraikan.
- Untuk berhati-hati dan melakukan kajian kebolehlaksanaan ke atas dagangan sekuriti terbabit.
- Untuk memberi panduan ke atas keputusan pelaburan mereka berdasarkan kepada asas-asas syarikat disenaraikan.
la juga memberi jaminan kepada pelabur bahawa Bursa Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kawal selia yang sesuai ke atas dagangan sekuriti berkenaan untuk memastikan pasaran yang adil dan teratur.
Penentuan
Dagangan sekuriti akan diumumkan sebagai "Sekuriti Ditentukan" apabila berlaku situasi spekulasi melampau serta wujudnya corak dagangan yang tidak normal. Keputusan untuk menentukan sesebuah sekuriti juga mengambil kira kepentingan untuk memastikan pasaran yang adil dan teratur bagi dagangan sekuriti yang terlibat.
Dengan penentuan, pemerdagangan dalam sekuriti itu diteruskan tetapi memerlukan pembayaran muka sebelum pembelian dan baki bebas sekuriti sebelum penjualan.