Pengawasan Pasaran
Gambaran Keseluruhan
Fokus Pemantauan Pasaran adalah untuk memastikan pasaran beroperasi dalam keadaan adil dan teratur bagi menggalakkan penemuan harga yang cekap dan perlindungan pelabur. Falsafah kami ialah pengesanan pantas dan tindakan cepat. Ini dapat dicapai melalui pelaksanaan tindakan yang dinamik dan kawal selia yang cepat, pelaksanaan pemantauan masa nyata dan selepas dagangan serta analisis bagi aktiviti ekuiti dan dagangan derivatif. Pendekatan dalam mengurus manipulasi yang disyaki melalui Penguatkuasaan Lembut adalah berkesan dalam memberi perlindungan kepada pelabur.
Kami memantau aktiviti dagangan secara masa nyata menggunakan teknologi pengawasan sistem maklumat yang canggih. Sistem pengawasan ini mampu untuk mengesan kemungkinan situasi salah laku pasaran yang meluas secara masa nyata. Kami menetapkan peraturan dan garis panduan jelas dan komprehensif ke atas jenis pelanggaran dagangan. lni membolehkan kami bertindak cepat untuk mencegah kemungkinan salah laku pasaran. Perlindungan kepada pelabur menjadi keutamaan kami.
Kami menjalankan tindakan pengawalseliaan selepas mengesan salah laku pasaran bagi memastikan integriti pasaran dikekalkan pada setiap masa. Jenis-jenis tindakan kawal selia yang dikuatkuasakan adalah meluas:
Potensi pelanggaran dagangan tertakluk pada siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan oleh Bursa Malaysia oleh pihak yang bersalah di bawah Peraturan Bursa Malaysia, dan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi pelanggaran di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang sekuriti.