Pengawasan Pasaran
Salah Laku Pasaran
Peraturan Perniagaan Bursa Malaysia Securities Berhad - Salah Laku Pasaran
Peraturan Perniagaan Bursa Malaysia Securities Berhad "Peraturan Bursa Securities" menyatakan peraturan berkaitan dengan urusan perniagaan, dagangan, penyelesaian dan sebagainya. Peraturan utama yang diberi tumpuan oleh Pemantauan Pasaran diringkaskan seperti di bawah. Bagi peraturan penuh dan terkini, sila rujuk Peraturan Perniagaan Bursa Malaysia Securities Berhad.
- Peraturan 5.01 Standard Kelakuan
Organisasi yang Mengambil Bahagian dan Orang Berdaftar mestilah dalam mengendalikan perniagaan Organisasi yang Mengambil Bahagian:
- Mematuhi prinsip adil dan saksama dan bertindak dengan mahir, berhati-hati dan tekun dengan mengambil kira integriti pasaran: dan
- Tidak melalui apa-apa tindakan atau yang tidak dilakukan, berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan atau memberi kesan kepada pasaran menjadi tidak teratur dan tidak adil.
Peraturan 5.03 Struktur, kawalan dalaman, polisi dan prosedur
Sebuah Organisasi Mengambil Bahagian mestilah mempunyai struktur, kawalan dalaman dan polisi dan prosedur bertulis yang dibuat untuk memastikan pengawalseliaan aktiviti perniagaan Organisasi Mengambil Bahagian dan kelakuan Orang Berdaftar Organisasi Mengambil Bahagian, kakitangan dan agen. Sebuah Organisasi Mengambil Bahagian juga mestilah mengambilkira semua faktor yang relevan dalam menentukan kecukupan dan keberkesanan Polisi dan Prosedur.
Peraturan Perniagaan Bursa Malaysia Derivatif Berhad - Salah Laku Pasaran
Peraturan Perniagaan Bursa Malaysia Derivatives Berhad "Peraturan Bursa Derivatives" menyatakan peraturan berkaitan urusan perniagaan, dagangan, penyelesaian dan sebagainya. Peraturan utama yang diberi tumpuan oleh Pemantau Pasaran diringkaskan seperti di bawah. Bagi peraturan penuh dan terkini, sila rujuk kepada Peraturan Perniagaan Bursa Malaysia Derivatives Berhad.
Peraturan 601.1 Peserta Dagangan - Kelakuan, Pematuhan Am
Peserta Dagangan mestilah sentiasa bertindak dengan kelakuan yang konsisten untuk menggalakkan dan melindungi nama baik dan imej awam Bursa dan Pesertanya.
Peraturan 601.2B Peserta Dagangan - Kelakuan, Pematuhan - Kelakuan Perniagaan
Menjadi tanggungjawab Peserta Dagangan untuk memastikan tidak ada orang yang mempengaruhi pembelian atau penjualan mana-mana Kontrak bagi tujuan secara tidak betul untuk mempengaruhi harga Kontrak atau harga Pasaran Pendasar.
Peraturan 601.2C Peserta Dagangan - Standard Kelakuan
Peserta Dagangan mestilah ketika melakukan perniagaan Peserta Dagangan, mematuhi prinsip adil dan saksama dan bertindak dengan kemahiran, berhati-hati dan teliti dengan mengambil kira integriti pasaran dan tidak melalui apa-apa tindakan atau yang tidak dilakukan, berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan atau memberi kesan kepada pasaran menjadi tidak teratur dan tidak adil.
Peraturan 605.1 Peserta Tempatan - Kelakuan, Pematuhan Am
Peserta Tempatan mestilah pada setiap masa bertindak dengan kelakuan yang konsisten untuk menggalakkan dan melindungi nama baik dan imej awam Bursa dan Pesertanya.
Peraturan 610.1 Penyeliaan Dalam Kalangan Peserta Dagangan
Setiap Peserta Dagangan mestilah membangunkan dan mengekalkan sistem yang betul untuk menyelia aktiviti setiap Wakil Berdaftar, agen dan kakitangan lain dan dibangunkan dengan baik untuk mencapai pematuhan kepada Peraturan dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.
Peraturan 613.1(b) Kedudukan dan Had Pelaksanaan
Peserta mestilah memastikan had kedudukan dan/atau had pelaksanaan, seperti kes yang mungkin, terpakai kepada mana-mana Pelanggan atau Peserta dan dipatuhi pada setiap masa.
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 ("CMSA") - Salah Laku Pasaran
CMSA menyatakan undang-undang antaranya, untuk mengawal selia bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti, pasaran dan pengantara dalam pasaran modal.
Sesetengah undang-undang berkaitan dagangan dijelaskan seperti di bawah. Bagi peraturan lengkap dan terkini, sila rujuk seksyen CMSA pada laman web SC.
Seksyen 93 CMSA - Pendulu
Pendulu merujuk suatu DR atau PO yang memasuki transaksi pembelian atau penjualan sekuriti sebelum arahan pelanggan.
Seksyen 98 CMSA - Jualan Singkat
Jualan singkat ialah tindakan seseorang untuk menjual saham,yang tidak dimilikinya pada waktu penjualan.
Asasnya , undang-undang menyatakan bahawa seseorang tidak boleh menjual sekuriti kepada pembeli kecuali, pada waktu ia menjualnya:
- Beliau mempunyai atau, apabila ia menjual sebagai agen, prinsipalnya mempunyai; atau
- Beliau percaya penuh bahawa, apabila beliau menjual sebagai agen, prinsipalnya telah, suatu hak pelaksanaan semasa dan tiada had untuk memberi sekuriti terhadap pembeli.
Seksyen 175 CMSA - Dagangan Palsu/ Penipuan Pasaran
la melibatkan transaksi berpadanan apabila pembeli dan penjual adalah sama. Contohnva, melibatkan akaun Sistem Pendepositan Berpusat (CDS) atau "menghantarnya keliling" akaun CDS kumpulan tertentu. Hasil transaksi tidak berubah dari segi pemilikan bermanfaat (NCBO).
Nata. Pada dasarnya, undang-undang menyatakan seseorang tidak boleh mewujudkan, atau menyebabkan kewujudan, atau berbuat sesuatu yang dikira untuk mewujudkan, suatu dagangan aktif adalah palsu atau kelihatan mengelirukan kepada pasaran bagi, atau untuk harga, mana-mana sekuriti berkenaan.
Seksyen 176 CMSA - Manipulasi Pasaran Saham
Manipulasi pasaran saham ialah tindakan membuat transaksi dalam sekuriti sebuah syarikat yang akan mempunyai atau kemungkinan besar akan memberikesan dengan kenaikan atau penurunan harga sekuriti syarikat dalam pasaran saham, dengan niat untuk memujuk orang lain untuk membeli atau melanggan sekuriti syarikat. Tindakan berkenaan adalah salah di bawah CMSA.
Nota: Pada dasarnya, undang-undang menyatakan seseorang tidak boleh mempengaruhi, mengambil bahagian, mengambil berat atau menjalankan, sama ada secara langsung atau tidak, sebarang jumlah transaksi dalam sekuriti sebuah perbadanan, sama ada transaksi yang mempunyai, atau berkemungkinan mempunyai, pengaruh untuk meningkatkan, menurunkan atau menetapkan harga sekuriti bagi perbadanan dalam pasaran saham di Malaysia, bagi tujuan atau tujuan-tujuan yang mungkin termasuk tujuan memujuk orang lain, untuk membeli atau menghapuskan sekuriti perbadanan atau perbadanan berkaitan.
Seksyen 188 CMSA - Dagangan Dalaman
Perdagangan atau urusan orang dalam ialah pembelian atau penjualan sekuriti syarikat yang terkesan oleh atau bagi pihak seseorang yang mempunyai pengetahuan ke atas bahan maklumat bukan awam yang relevan berkaitan syarikat yang mungkin mempengaruhi harga sekuriti syarikat (maklumat sensitif harga) jika diumumkan.
Seksyen 202 CMSA - Dagangan Palsu
Tiada sesiapa yang boleh mewujudkan atau menyebabkan kewujudan atau berbuat sesuatu yang dirancang untuk mewujudkan dagangan aktif yang palsu atau mengelirukan kepada pasaran, atau harga dagangan dalam derivatif di pasaran derivatif.
Section 203 of CMSA - Bucketing
Tiada sesiapa yang boleh menjalankan, atau menjadikan dirinya sebagai telah melaksanakan suatu arahan untuk pembelian atau jualan derivatif di pasaran derivatif tanpa mempunyai kesan kepada pembelian atau penjualan bona fide bagi derivatif mengikut peraturan dan amalan pasaran derivatif.
Seksyen 205 CMSA - Manipulasi Harga Derivatif dan Pengepungan
Tiada sesiapa yang boleh secara langsung atau tidak langsung memanipulasi atau cuba untuk memanipulasi harga derivatif yang mungkin boleh diuruskan di pasaran derivatif, atau mana-mana instrumen pendasar yang tertakluk pada pengepungan derivatif berkenaan, atau cubaan untuk mengepung mana-mana instrumen pendasar yang menjadi subjek sesuatu derivatif.
Contoh-contoh salah guna pasaran dan kelakuan perniagaan tidak beretika
llustrasi di bawah ialah contoh salah guna pasaran dan kelakuan perniagaan tidak beretika yang ditetapkan dalam Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti tentang Kelakuan Pasaran dan Amalan Perniagaan bagi Broker Saham dan Wakil Berlesen.Ilustrasi 1 - Manipulasi berasaskan tindakan
Syarikat A mengambil PLC B untuk menjalankan beberapa projek. Syarikat A kemudian membuat jualan singkat sekuriti PLC B dan kemudiannya membatalkan kontrak dengan PLC 8, menyebabkan harga sekuriti jatuh dengan teruk.
Ilustrasi 2 - Manipulasi berasaskan dagangan
Encik X mengupah Encik Y sebagai perunding untuk menyediakan perhubungan awam dan membantu syarikat dalam merealisasikan nilai sahamnya. Sebagai ganjaran, Encik X membayar Encik Y RM50,000 tunai setiap buIan dan memberikan beliau waran untuk membeli 100,000 saham daripada syarikat berharga RM1setiap saham.
Encik Y dan tiga rakan lain, iaitu abang iparnya, setiausaha dan seorang kerani membuka 10 akaun margin berasingan dengan 10 broker berlainan. Akaun dibuka di bawah pelbagai nama termasuk syarikat dorman yang dikawal Encik Y bagi menyembunyikan identiti Encik Y.
Encik Y dan rakan sekutunya dalam siri agresif dagangan cucian dan tempahan suai padan. Dagangan dilakukan antara rakan sekutu pada harga yang lebih tinggi untuk menggerakkan harga pasaran lebih tinggi. Encik Y juga secara peribadi menggembar-gemburkan sekuriti itu kepada pemegang saham dan pelabur lain.
Encik Y dan rakan sekutunya dalam siri agresif dagangan cucian dan tempahan suai padan. Dagangan dilakukan antara rakan sekutu pada harga yang lebih tinggi untuk menggerakkan harga pasaran lebih tinggi. Encik Y juga secara peribadi menggembar-gemburkan sekuriti itu kepada pemegang saham dan pelabur lain.
Ilustrasi 3 - Mengecat pita
Broker saham A mengeluarkan laporan dagangan palsu untuk penerbitan segera bagi memberi gambaran aktiviti ataupun dagangan aktif di kaunter bagi menggalakkan pelabur untuk mengambil bahagian bagi membolehkan broker saham A untuk menyebabkan kedudukan risiko tiada untung.
Ilustrasi 4 - Dagangan tidak beretika
"Penyusun atau Pencadang" diambil secara tidak rasmi oleh broker saham C untuk membantu dan menguruskan broker saham C dalam mendapatkan dagangan bon pra-penetapan, dengan broker saham C dilihat kononnya sebagai membantu transaksi bon antara syarikat atau institusi kewangan berbeza.
Empat pihak yang terlibat, iaitu Syarikat A, Syarikat 8, broker saham C dan Syarikat D. Syarikat A menjual bon kepada Syarikat 8, yang kemudian menjualnya kepada broker saham C. Broker saham C kemudian menjualnya kepada Syarikat D, yang akhirnya menjualnya semula kepada Syarikat A. Transaksi dijalankan pada tarikh nilai yang sama tetapi pada paras harga berbeza.
Transaksi bon yang dinyatakan di atas akan menyebabkan Syarikat A mengalami "kerugian peluang", yang diakru kepada pihak lain yang terlibat. Dalam perkataan lain, pihak lain mendapat keuntungan daripada Syarikat A.
Keuntungan daripada dagangan bon kemudian akan dikongsi oleh broker saham C dengan "Pencadang", di mana "Pencadang" menerima keuntungan signifikan daripada dagangan bon.
Dalam kes ini, broker saham C digunakan sebagai orang tengah untuk mengambil kesempatan atas kekaburan sebut harga dua hala dalam dagangan bon untuk memanfaatkan pelanggannya dengan melaksanakan urusan di atas pembeli/penjual asal bon yang mana mereka tidak mendapat harga terbaik.
Ilustrasi 5 - Rollover
SBC A melakukan beberapa urusan penggabungan, iaitu pembelian dan penjualan sekuriti tidak melibatkan sebarang perubahan dalam pemilikan bermanfaat. Urusan penggabungan dilakukan untuk memberi pelanggan penangguhan kepada waktu penyelesaian bagi pembelian tertunggak (rollover).
Kuantiti dan harga sekuriti yang ditransaksi adalah sama dengan kontrak asal. Walau bagaimanapun, tempoh penyelesaian (tarikh tamat tempoh) telah dilanjutkan dan caj brokeraj tambahan dikenakan ke atas pelanggan bagi setiap pembelian tertunggak yang dilakukan oleh syarikat.
Oleh itu, urusan ditransaksi melalui penjualan dan pembelian sekuriti tanpa apa-apa perubahan kepada manfaat pemilikan oleh sekuriti berkenaan.
Ilustrasi 6 - Pembayaran pihak ketiga
Broker saham A diarah oleh Pelanggan A untuk membeli 10juta unit sekuriti PCL P bagi pihak Pelanggan B daripada Pelanggan C. Sebagai penyelesaian, Pelanggan A mengarahkan broker saham A untuk menggunakan hasil jualan Pelanggan C sebagai tolak selesai kepada pembelian yang dibuat oleh Pelanggan B.
PenjualaPenjualan sekuriti PLC P mungkin tidak melibatkan perubahan dalam manfaat pemilikan sekuriti, memandangkan Pelanggan A mempunyai minat dalam sekuritisebelum pembelian,dan Pelanggan A mempunyai kawalan ke atas atau boleh mempengaruhi Pelanggan B dan/atau Pelanggan C ke atas sekuriti itu.
Ilustrasi 7 - Menandakan Penutupan (Marking the Close)
Seorang remisier bagi broker saham A membantu beberapa pelanggan dengan membuat tempahan pada akhir hari dagangan, yang menyebabkan harga sekuriti naik berbanding harga jualan sebelumnya.Pada masa yang sama, tempahan pada harga yang lebih tinggi daripada bida sebelumnya atau lebih rendah daripada tawaran sebelumnya telah dibuat, dan ditarik balik sebelum ia dilakukan, bagi memberikan tanggapan mengelirukan bahawa terdapat permintaan bagi atau penawaran sekuriti pada harga berkenaan.
Ilustrasi 8 - Pendulu
Wakil peniaga yang mengendalikan akaun beberapa institusi besar/pelanggan runcit melakukan dagangan bagi pelanggan individu atau akaun bagi orang berkaitan sebelum pelaksanaan dagangan insititusi besar/pelanggan runcit, dengan harapan untuk menjadi pendulu dan membuat keuntungan dalam masa singkat.
Ilustrasi 9 - Konflik
Seseorang dengan pengetahuan tentang laporan kajian yang memihak atau tidak memihak, membuat pembelian atau jualan sekuriti terlebih dahulu sebelum laporan dikeluarkan.
Ilustrasi 10 - Scalping
Orang yang berdagang juga bertanggungjawab untuk membuat saranan membeli atau menjual, contohnya membeli satu sekuriti sebelum mencadangkan sekuriti berkenaan, dan kemudian menjual sekuriti itu untuk keuntungan berikutan kenaikan dalam harga pasaran berikutan saranannya.
Ilustrasi 11 - Spoofing
Seseorang menghantar suatu tempahan besar tetapi bukan tempahan terhad yang boleh dipasarkan, yang meningkatkan harga bidaan bagi sekuriti dan/atau menambah dengan banyak saiz bagi sebut harga pada atau sekitar harga bida terbaik semasa. Tempahan yang besar menyebabkan Peserta Pasaran memadankan atau meningkatkan lagi harga tempahan. Orang itu, kemudiannya membatalkan tempahan besar dan memasuki (secara maya pada masa yang sama) tempahan jualan yang sepadan dengan tempahan beli oleh pelabur lain pada harga lebih tinggi.
lnilah manipulasi dengan cara spoofing. Dengan memanipulasi sementara harga bidaan menjadi lebih tinggi, dan menyebabkan bidaan lain dan minat dagangan pada paras berkenaan,orang itu menerima harga yang lebih baik bagi sekuritinya daripada apa yang mungkin menjadiharga pasaran sedia ada dan/atau jumlah jika tempahan besar orang itu tidak dibuat.
Spoofing juga digunakan untuk memanipulasi harga buka sekuriti, contohnya melaluikemasukan dan pembatalan serta-merta terhadap tempatan jualan berharga lebih rendah dengan objektif mewujudkan peluang pembelian lebih memihak kepada orang yang memanipulasi.
Ilustrasi 12 - Pump and dump
Seseorang mengambil kedudukan jauh dalam sekuriti dan menyebarkan maklumat mengelirukan tentang sekuriti bagi menaikkan harganya dan kemudian menghapuskannya pada harga lebih tinggi.
Ilustrasi 13 - Trash and cash
Seseorang mengambil kedudukan dekat dalam sekuriti dan menyebarkan maklumat negatif mengelirukan tentang sekuriit bagi menurunkan harga dan membelinya pada harga lebih rendah.