Matlamat Kawal Selia
Pembelajaran
Bursa Malaysia memahami bahawa kesedaran dan kefahaman yang dijana melalui keterlibatan dan pembelajaran yang berterusan oleh Penerbit Tersenarai, pengarah dan penasihat mereka, Broker, barisan pengurusan kanan dan orang berdaftar yang lain (secara kolektif dirujuk sebagai “Peserta”) adalah kunci ke arah mewujudkan tahap kepatuhan yang tinggi dalam industri di samping menggalakkan budaya kawal selia sendiri.
Selain giat menjalankan aktiviti keterlibatan, pembelajaran dan kesedaran secara berterusan dengan Peserta secara dalaman, kami juga menjalin kerjasama dengan institusi dan persatuan industri dalam pelbagai acara termasuk persidangan, pameran (roadshow), program sokongan, taklimat teknikal, bengkel dan dialog di seluruh Malaysia dengan objektif utama seperti berikut: -
- Untuk mewujudkan kesedaran mengenai trend semasa dan isu-isu berkaitan kepatuhan yang dihadapi oleh Peserta, termasuk tindakan penguatkuasaan lalu yang telah diambil terhadap Peserta, supaya mereka dapat meningkatkan standard tadbir urus perniagaan dan kepatuhan secara berterusan;
- Untuk meningkatkan tahap kesedaran Peserta dan menjamin kepatuhan mereka terhadap isu-isu utama berkaitan trend semasa dalam pasaran yang boleh menyumbang kepada risiko dan cabaran; dan
- Untuk menyediakan dialog dua hala di mana Peserta boleh memberikan maklum balas mengenai isu kawal selia/kepatuhan dan isu-isu yang berkaitan kepada kami, serta membolehkan kami berkomunikasi secara langsung dan menyampaikan kebimbangan mengenai pembangunan kawal selia dan jangkaan kepatuhan. Maklum balas dan pandangan ini adalah penting bagi membantu mengembangkan landskap kawal selia dalam pasaran modal kami.
Penerbit Tersenarai
Berikut adalah beberapa aktiviti pembelajaran penting yang telah dijalankan
untuk Penerbit Tersenarai: -
Advocacy Programmes for Issuers
Bursa Malaysia's Ring The Bell for Gender Equality
Butiran program pembelajaran/sokongan untuk Penerbit Tersenarai pada tahun 2019: -
Regulatory Outreach Programmes for Listed Issuers 2019
Broker
Berikut adalah antara aktiviti pembelajaran penting yang telah dijalankan untuk Broker: -
Front Office Supervision and Trade Monitoring
Building a Culture of Cyber Resilience
Market Misconduct and Financial Fraud
Butiran program pembelajaran/sokongan untuk Broker pada tahun 2019: -